Saturday, November 15, 2008

Selamat Pagi Malaysia!

SYAIR I- MENARA SANG MENORA

Alkisah seorang dara malap yang merasa dirinya cerah. Semasa mengaji lagi merasa dirinya hebat. Kalau yang lain menentang arahannya, dia lazim mengatakan” PULAU PULAU” kan sahaja si dia.

Hanya dia kasta yang mulia, Yang lain “DOWN GRADING DOWN GRADING” sahaja .

Putarkata belit jiwa memang dia pakarnya. Sang pendeta pun ditipunya. Katanya bagai sabda anak raja dan yang lain hanya hamba sahaya. Bagi dia, janji dia bahagia. Cuma bila tersepit, siapapun boleh jadi Tuannya atau Tuhannya!

Dihantar sang pendeta dia berkarya. Di sebuah tempat bernama Pulau Tiga. Katanya yang ke sana yang hebat hebat sahaja. Yang ke daerah ARTI M,hanya down grading dan takda kelas la!!

Di jaja seluruh pelosok, si polan si anu teruk. Hanya dia sahaja yang tercantik sedangkan orang tau dia pun jelek!

Baru muncul sekali dua di khalayak jelata, berkokok seolah olah satu dunia. Hanya sahaja ramai tidak tahu; dipilih bukan kerana bakatnya. Dipilih kerana percuma badannya!

Selang beberapa purnama setelah tamat pengajiannya, dia cuba cuba kembali ke tempat ternama. Tapi sudah menjadi resam dunia, orang tak berbakat sepertinya siapa nak terima? Dahlah gelap, bengap rupanya!!

Hatta tak sanggup menahan malu dek kerana mulut besarnya, dia cuba menagih simpati dari tempat yang dulu dihinanya. Memang Tuhan mahu menunjukkan, bahawa Dia juga amat murka, ditakdirNya dia diterima.

Bagi dia, WAH Hebatnya! Dia muncul semula di balik kaca! Dirinya di puncak dunia!! Cuma dia tersalah kira, jelata ketawa lihat bodohnya; sudahlah dulu dihinanya, sekarang di situ dia rupanya!!! Dahlah meludah se benua, sendiri dijilatnya semula?!!!

Memang Tuhan yang murka!!
HA HA HA HA HA

Moral cerita- Doa orang teraniaya memang makbul!

kamal fnd hashim

10 comments:

Anonymous said...

Ha..Ha...Ha..

Boleh tahu siapa dia??


http://malim-muda.blogspot.com/

Anonymous said...

sy tahu siapa dia. Carilah si dia- yg paling malap di Selamat Pagi Malaysia.. Wah,pandai rupanya u bercerita.. Bagus2.. Seronok.thanx.. Satu msia bace.. Tp yg plg i setuju,doa org yg teraniaya memang dimakbulkan tuhan.. Terima kasih Tuhan! Tuhan xpernah kejam.

Anonymous said...

hahaha..

tak tau sapa..tapi kalau nak cari senang saja hehe

Anonymous said...

Assalamu'alaikum wrwb. Lebih baik 'mencari' diri kita. di mana kita di sisiNYA.

Anonymous said...

bismillah
itulah antara resam hidup dan kebiasaannya kata orang tua memang punya isi yang mendalam...diibarat meludah kelangit akhir jatuh kemuka sendiri...akhirnya terpaksa akur hukuman yang diterima...itu mengingatkan kita supaya tidak terlalu mencemuh,mengata mahupun mengutuk sesuatu kejadian mahupun perwatakan...sebab sesungguhnya tuhan maha adil dan maha kaya...bila terlalu benci menjadi suka dan terlalu suka menjadi benci...tentu saudara2 bloggers dan empunya tanah pernah rasa satu masa dulu kan?
tiada siapa yang betul tiada siapa yg salah...cantik juga saranan akak...kata2 dari orang lama =)
bila kita marah pada seseorang kita jadi syok sendiri...bila kita nasihat orang kita jadi syok sendiri...sebab itu kita sentiasa meminta nasihat dan pendapat orang yg lebih berpengalaman atau kalangan teman baik kita adakah langkah yg diatur dan dilalui ini betul kan?supaya nampak pro and cons tindakan kita =)sadaqallahulazim

Anonymous said...

Petikan dari doa selepas solat Tahajjud:
"...Ya Allah, kepadaMUlah aku serahkan diriku. Aku percaya kpd Engkau tempat aku berserah diri dan kpd Engkau aku kembali, dan dgn pertolongan Engkau aku menghadapi musuhku, dan kpd Engkau aku berhukum...."

Siapakah orang yang manis senyumanya?
Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah orang yang di timpa
musibah lalu dia kata "Inna lillahi wainna illaihi rojiuun." Lalu sambil berkata,"Ya Rabbi (Wahai Tuhanku) Aku
redha dengan ketentuanMu ini", sambil mengukir senyuman.

Anonymous said...

akak...ayat dalam nihs...jauh ngaji...mesti belajar sampai sebrang nihs =)kui2

Anonymous said...

Tak perlu ngaji jauh2 dik Jebat. akak pun tak ngaji jauh..adalah sampai UK......M. Akak baca kitab-kitab doa yang biasa-biasa je. Apa pun ilmu akhirat mesti sentiasa dicari sendiri. Tak payah tunggu disuruh sebab umur kita ni kian hari kian pendek. Perlu sentiasa cari ruang dan peluang untuk berubah for the better.InsyaAllah.

Anonymous said...

orang macam tu pon ade ke kat dunia?

semoga tuhan tak murka pada saya..

dan semoga orang yang berkenaan kembali ke jalan yang benar..
kesian tau orang macam ni..
kuburnya pasti gelap bila tuhan dah murka.. apa lagi manusia2 yang diperlakukan olehnya, tak nak maafkannya..

Anonymous said...

kalau anonymous nak tahu..
si polan tu bukan tahu wujudnya Tuhan ni..

tak payah nak kesian kat org mcm ni..
dia sendiri tak pernah kesian kat diri dia..
bijaksana kat dunia kununyer tapi sebenarnya jahil tentang apa sebenarnya hidup..

Tak pernah ada belas ihsan..

Saya sentiasa berdoa semoga, tuhan sentiasa memberi kekuatan dan kesabaran untuk berhadapan dgn org2 mcm ni..dan semoga kita tak terikut2 dengan mereka yang jahil ni..

i feel your pain

i feel your pain
audrey & nurul hanis