Thursday, October 29, 2009

Kalau bukan keranaMu

Ya Tuhan,

Bagaimana mungkin aku terlupa melakukannya selama ini?
Bagaimana mungkin kali pertamaku hanya tadi?
Atau aku yang alpa dalam sengaja?

Kalaulah bukan kerana Ar-RahmanMu, barang tentu aku terus lalai.
Kalaulah bukan kerana Ar-RahimMu, barang tentu aku masih mamai.

Dan selayaknya aku mohon ampunMu.
Dan semestinya aku mohon ehsanMu.

Kalau bukan keranaMu, wahai Tuhan langit dan bumi, pasti aku tidak berupaya. Kalau tidak keranaMu, wahai Tuhan siang dan malam, pasti aku terus terleka.

Sepertimana manusia biasa, aku terlupa mengucapkan syukur atas nikmatMu. Bukan syukur yang semata demi mencari syurgaMu itu.. Bukan!!Bukan juga yang hanya kerana mencari pahala itu.. Bukan!! Tapi syukur yang ikhlas kerana selayaknya sebagai hamba kepada Tuhannya.

Belum pernah selama ini aku mengucapkan terimakasih kepadaMu kerana memberikan aku usia demi usia.Tiba tiba hari ini, di hari lahirku, Engkau detikkan dalam hatiku sujud syukur kepadaMu atas kelahiranku..merafak sembah seorang sahaya.

Dan aku sujud pada Kemuliaanmu..
dan aku sayu pada KeagunganMu..

Siapalah aku dikalangan makhlukmu dan mulia ini Kau hadiahkan padaku?

ALLAHUAKBAR!!

kamal fnd hashim.

11 comments:

cantiknyaungu said...

Salam ulang tahun kelahiran en. kamal. Semoga Allah merahmati.

Azrul Adnan said...

moga usiamu terus di berkati n di rahmati oleh ALLAH..
moga berjaya dalam apa jua bidang mu..
moga panjang umo n murah rezeki..

ajim said...

SEMEMANGNYA AKU TIDAK SELALU DAPAT APA YANG AKU SUKAI,
TETAPI AKU DIAJAR SUPAYA SENTIASA MENYUKAI APA YANG AKU DAPAT,,,, SEBAB APE??
SEBAB 'SYUKUR' ITU SANGAT PERLU DALAM HIDUP SEORANG HAMBA,,,,

faqhrule said...

indah susun kata bang kamal

Aziela said...

Selamat Menyambut Hari Ulang Tahun Dr Kamal. Semoga berterusan di rahmati Allah swt dan semoga dikurniakan kebahagiaan hakiki. Semoga panjang umur juga, untuk berterusan menjadi Khalifah.

blogadmin said...

syahdunya!

Semoga hidup en.kamal dirahmati dan diberkati ALLAH.Amin.

areyoung said...

selamat hari lahir.

ninoZ said...

moga tercapai apa dicita, moga terlaksana yg diimpi..
aminnnnn

:)

kenyalang said...

Selamat Harijadi Tn Kamal,
Semoga hari ini dan mendatang akan lebih bermakna lagi dari hari2 yg tlh berlalu. Pahit-manis ketika meniti kehidupan adalah merupakan dugaan dari Nya. Yang baik dari Allah dan sebaliknya adlh dari diri sendiri. Saya mrupakan penyokong Tuan dlm usaha utk membenteras jenayah yng berada jauh di Bumi Kenyalang juga mendoakan agar suatu masa nanti tuan akan dpt ramai pelapis di luar sana yg mempunyai jiwa seprti tuan yg saya cagumi. Hanya dgn ungkapan kata2 ikhlas sempenena harijadi tuan saja yg mampu membuktikan sokongan saya. Apakan daya saya hnya seorang wanita tp bersemangat wajar.

Berkat doa diharijadimu, moga Allah sentiasa bersamamu.

MIM YA MIM LAM HA

MIM YA LAM HA

Cetusan said...

syukur dalam insan kamil masih ada waktu..selagi denyut..
sebagai hambaNya...
sesekali monolog dalam diri..
asalkan tiada sikap takbur dengan ujian martabat

dengar cerita Iman di Afrika pun boleh murtad bila diUJI olehNYA..alahai Nauzubillah..apalagi saya insan HINA.

i feel your pain

i feel your pain
audrey & nurul hanis