Monday, January 25, 2010

Daulat Tuanku!

Sebagai anak Johor, sugul dan sedih penuh di dada. Pedih kerana kemangkatan Sultan Iskandar Ibni Almarhum Sultan Ismail. Hiba kerana tidak sempat berterimakasih kepada Sultanku.

4 bulan yang lalu, saya utus surat kepada Setiausaha Sulitnya mohon perkenan masuk mengadap. Bukan tujuan apa apa. Sebaliknya sekadar mahu menjunjung kasih dan mengucapkan terimakasih secara peribadi kepada Almarhum Sultan.

Kalau bukan kerananya, anak anak Johor tidaklah perlu menghadiri sekolah agama di sebelah petang dan bersekolah kebangsaan pula di sebelah paginya. Mana yang petang ke sekolah biasa, wajib ke sekolah agama di sebelah paginya. Memang wajib!

Dan sewaktu surat itu dihantar, saya hanya anak jati johor yang mahu berdiri di hadapan orang yang berjasa membentuk kami semua. Saya hanya mahu Tuanku tahu betapa dia dihargai. Saya hanya mahu Tuanku Sultan tahu bahawa saya berada di mana saya berada pada hari ini kerana asas dan budaya Johor!

Namun itu semua tinggal kenangan sahaja kerana warkah saya tidak mendapat apa apa balasan hatta bukti penerimaan pun. Hari ini, Almarhum Sultan Iskandar telah tiada. Sebagai rakyatnya, ralat tidak dapat bertemu muka dan menjunjung kasih Sultanku. Kalaulah dia tahu aku di sini kerana jasanya, pasti Tuanku bangga. Kalaulah dia tahu aku di sini kerana Johorku, pasti terbetik senyum di wajahnya. Kalaulah dia tahu sedang sempat lisanku sampai kepadanya, pasti saat ini aku tidak perlu menanggung sedih dan sendu..

Al-Fatihah.

Monday, January 18, 2010

Puaka Bandar Lama

Sila baca dalam keadaan tenang. Kalau belum tenang, jangan baca. Dan sila baca ikut turutan 1 hingga 5. Jangan lompat lompat. Ok? Tenang..tenang..baca ya?

1. Seorang peniaga dakwa dipukau lelaki warga asing yang berpura pura datang nak membeli air dengan not 100. Bila wang dah dipulangkan, tiba tiba lelaki itu minta duit baru 50. Bila Puan N buka sahaja laci, si lelaki memasukkan tangannya dan mengambil semua duit sebelum diletak semula sebahagiannya. Bila dia dah bergerak, Puan N dapati duit hanya berbaki 600 dan dah dikebas 1100. Pukau katanya.

2. Dan inilah cerita yang banyak kali terdengar dan termaktub di dada akhbar. Bukan sekali dua berlaku. Kaedah yang sama; alih perhatian. Macam silap mata tu. Cumanya, ada orang dakwa ini kerana kita manusia ada minda bawah sedar, minda separa sedar, minda tengah sedar lah(kih kih kih).

4. Pukau? Eh! Biar betul? Secara peribadi dan tidak, saya tak sependapat. Pakau ada. Pulau pun ada. Tapi, pukau?

5. Kalau minda bawah sedar ada, macamana diaorang tahu ya kewujudannya? Dah namanya bawah sedar! Tapi pukau? Eh ada pembaca blog ini yang pun dah kena pukau tau! Tak yah jampi jampi? Tak payah! Biar betul bro?Abih tu, macamana boleh baca perenggan ni! Baca semula arahan kat atas tadi. Eh? Cuba tengok betul betul! Haa, camtulah pukau!!

kamal fnd hashim

Monday, January 11, 2010

dah cakap dah!

1. Bila sesuatu buruk berlaku, kita semua cakap "orang dah cakap dah, tak caya!" ek? Kenapa bila sesuatu yang baik terjadi, kita cakap " aku dah cakap dah, tak caya!" ek? Yang mana yang betul agaknya? Bila buruk je, guna gantinama pihak ketiga. Bila baik je, gantinama pihak pertama. Hmm. kronik jugak ek?

2. Barangkali kita takut untuk mengaku salah? Katakanlah bos tanya dengan muka serius merah padam, sapa punya angkara hingga meletup hal yang bukan bukan, maka segera kita tunduk. Cuba dia tanya dengan senyum simpul, sapa yang buat ni sampai berjaya, semua tumpang tui!Ahaks!

3. Akhirnya, lebih ramai yang dalam gambar daripada yang bekerja ek?he he he..Natijahnya, sebahagian daripada kedewasaan ialah melakukan kesilapan. Hanya yang belajar daripadanya sahaja yang tidak akan gentar bila berlaku kesalahan dan mengakui khilafnya. Hatta, kita lebih fokus pada kejayaan hingga terlupa bahawa kegagalan juga satu pengalaman kan?

4. Jadi?Apa cerita bro? Tak faham la posting ni! Gini ek- perasan tak lebih ramai yang takbir hingga salamnya ala ala kadar je tapi bila berdoa dia bersungguh sungguh? Ouch!!!aku dah cakap dah! he he he

kamal fnd hashim

Thursday, January 7, 2010

Awas ilmu Hitam!!!

AMARAN: Sementara posting ini belum dibaca dengan lebih lanjut, harap pastikan tingkap dah bertutup, pintu dah berselak dan tiada sesiapa selain anda berada di situ. Kalau terdengar lolongan anjing, anggap sahaja tidak ada apa apa. Kalau terasa seakan ada sesuatu berdiri di belakang, buat tak tahu sahaja. Kalau terasa hembusan angin di belakang leher, biarkan sahaja. JANGAN TOLEH!

1. Baru baru ini, Pak Wan dari Redzuan FotoMedia Pertama Kompleks beritahu ramai yang dah berminat semula dengan ilmu hitam. Bukan sahaja dia pernah disoal, malah ramai yang berani terang terangan bertanya berkenaan itu.

2. Benar, lewat 80an, Pak Wan dan anak anaknya adalah mangsa bagi orang yang menuntut ilmu hitam ini. Ikhlas@adik dan Indra Che Muda pun selalu dikacau oleh mereka. Tak cukup dengan itu, mereka sanggup mengotorkan premis RFM sehingga menyebabkan orang lain takut untuk masuk ke sebuah bilik bersebelahan di dalam studio premis itu.

3. Kata Pak Wan, pada masa tu, dia " rasa" sesak hinggakan hendak bergerakpun sukar! Bayangkan! Pak Wan yang berpuluh tahun semua-orang-tahu-baik-pekerti itu pun menjadi sasaran dan asakan mereka! Sampaikan hendak makan pun tak mampu! Aneh!

4. Hanya baru ini Pak Wan beritahu yang Indra dan Ikhlas juga rupanya terkena tempiasnya! Ikhlas terpaksa tempuh pelbagai dugaan. Indra pula terpaksa berhadapan dengan pontianak!Sampai hari ini jarang sekali mereka berdua dapat masuk ke premis ini dengan tenang!

5. Tak cukup dengan itu, bila ada sesiapa yang tahu cerita ini(termasuklah anda dan saya), ada ketikanya kita akan rasa semacam. Tangan akan mula sejuk dan dada berdebar. Telinga pula akan jadi lebih peka terhadap bunyi dan yang paling seram- mendengar suara halus seolah olah berbisik di telinga-" pergi..pergi..pergi.."

5. Jadi, kepada anda yang teringin merasai 'bahang' ilmu hitam ini, datang dan jumpa Pak Wan sendiri di Pertama Kompleks. Pak Wan dan anak anaknya dah ada petua untuk anda elak gangguan ataupun lebih fokus.

6. Jangan bimbang kalaupun ada yang kata anda kolot!! Bawaklah apa apa kamera samada video, digital atau filem yang anda ada dan buatlah hitungan sendiri untuk dapatkan bukti sebelum dan selepas anda berkunjung ke situ. Bilik yang saya maksudkan masih ada di situ. "Dia" juga berada di situ...

Jangan risau atau takut. Anda hanya perlu berani melangkah masuk ke dark room itu untuk belajar develop gambar dari filem ke negatif ke sekeping foto stail retro macam saya dulu dulu!

kamal fnd hashim

p/s

Terimakasih kepada Pak Wan atas terma "Ilmu Hitam" ini!

Tuesday, January 5, 2010

fight or flight

1. Apa beza siang, senja dan malam? Eh, senang je. Siang ada matahari. Senja lak mentari dah nak berlabuh dan malam ada bulan. Apa beza panas, suam, sejuk? Eh, ada! Panas yakni suhu tinggi, suam yakni panas tak sejukpun idak dan sejuk lak dah tentu dingin!

2. Apa cerita ni? Begini, baru ini ada orang tanya pasal yang mana satu berbaloi untuk dipelajari. Katanya susah nak buat pilihan kerana semua kata depa je yang bagus. Hmm..

3. Camnilah, sebenarnya ada perbezaan yang nyata antara semua itu. Tapi, kalau belajar untuk disiplinkan diri, kesihatan dan membentuk sahsiah (he he he), maka semuanya bagus. Tapi kalau belajar dan kemudiannya jalan berkepak, hmmm...hampeh!!

4. Saya cuma terdaya berpesan supaya jangan jatuh ke false sense of security dah le. Mentang mentang belajar sesuatu tentangnya, maka pantang ada peluang, perrghhh, disapunya! Pastu, dulu tak berani gi tempat gelap, sekarang dah berani! Ni cari nahas namanya!

5. Jadi, apa beza Martial Art (Seni tempur), Combative sport (sukan kombat) dan Self Defense (Ilmu pertahanan diri) ek?

kamal fnd hashim

Saturday, January 2, 2010

Kasyaf!

Sukar untuk melihat dari mata seseorang. Yang mudah ialah melihat dari kacamata mereka.

1. Posting semalam merujuk kepada beastialiti. Yang sukarnya, ada yang tak dapat menggambarkan bagaimana haiwan boleh dilihat seksi oleh si polan.

2. Yang demikian, supaya pembaca halaman ini dapat setidak tidaknya menggambarkan yakni membayangkan subjek ini, maka itu disertakan kepingan foto perbandingan.

3. Barangkali ini yang ternampak oleh mereka!


Normal vs Beastialiti








AHAKS!

kamal fnd hashim

Friday, January 1, 2010

ek?

Salam Selamat.

1. Seorang lelaki berdepan dengan hukuman penjara 7 tahun atau denda atau kedua duanya sekali jika disabitkan kesalahan mencuri 6 ekor ayam. Biasa je berita ni...

2. Seorang remaja ditangkap kerana disyaki melakukan seks luar tabii dengan seekor lembu. Eh? Luarbiasa!!!!

3. Dalam bidang jenayah, kecelaruan ini dipanggil beastialiti; Seseorang yang hanya mendapat kepuasan bila melakukan hubungan seksual dengan haiwan. Kalaupun orang itu telah mempunyai pengalaman seksual termasuk telahpun berkahwin, dia hanya mendapat kepuasan abadi bila dapat melakukannya dengan mana mana haiwan.

4. Persoalannya- apa yang seksinya pada haiwan ya?

ahaks!

i feel your pain

i feel your pain
audrey & nurul hanis