Tuesday, January 5, 2010

fight or flight

1. Apa beza siang, senja dan malam? Eh, senang je. Siang ada matahari. Senja lak mentari dah nak berlabuh dan malam ada bulan. Apa beza panas, suam, sejuk? Eh, ada! Panas yakni suhu tinggi, suam yakni panas tak sejukpun idak dan sejuk lak dah tentu dingin!

2. Apa cerita ni? Begini, baru ini ada orang tanya pasal yang mana satu berbaloi untuk dipelajari. Katanya susah nak buat pilihan kerana semua kata depa je yang bagus. Hmm..

3. Camnilah, sebenarnya ada perbezaan yang nyata antara semua itu. Tapi, kalau belajar untuk disiplinkan diri, kesihatan dan membentuk sahsiah (he he he), maka semuanya bagus. Tapi kalau belajar dan kemudiannya jalan berkepak, hmmm...hampeh!!

4. Saya cuma terdaya berpesan supaya jangan jatuh ke false sense of security dah le. Mentang mentang belajar sesuatu tentangnya, maka pantang ada peluang, perrghhh, disapunya! Pastu, dulu tak berani gi tempat gelap, sekarang dah berani! Ni cari nahas namanya!

5. Jadi, apa beza Martial Art (Seni tempur), Combative sport (sukan kombat) dan Self Defense (Ilmu pertahanan diri) ek?

kamal fnd hashim

5 comments:

akak said...

Salam.
Combative sport bukan ke lebih offensive. Yelah, makna combat tu kan struggle for victory dengan penggunaan senjata.

Self defense from and against attact pun boleh libatkan penggunaan senjata. Mungkin juga tidak guna senjata mcm orang bina kubu atau menuntut ilmu yg berguna.

Martial art..hemm..namanya pun seni. agaknya different fighting styles untuk tujuan combat dan self defense.

Rasanye, apa pun ilmu yg nak dipelajari, biarlah untuk kebaikan dan mendatangkan faedah bersama.
Bukan utk kepentingan diri, bukan utk bermegah atau menindas orang lain.

Wallahu'alam.

menghitung hari..

ajim said...

seni tempur tu adalah penggunaan teknik tendangan, teknik kuncian, teknik tamparan mahupun teknik menjatuhkan serta teknik cakaran dan teknik tumbukan.Teknik2 ni digunakan dalam sukan kombat.Contoh sukan kombat seperti gusti, judo, karate, lawan pedang, tinju, taekwando, silat.Dan ianya bertujuan utk mempertahankan diri..3 in 1 jer benda ni,,jadi tak perlulah susah2 nak cari perbezaannya kn..

Cetusan said...

akak,

sambung kuah, menindas dan SALAHGUNA Kuasa,salah tempat parkingkuasa.

kenyalang said...

Salam,
Setiap insan lahir di muka bumi ini sudah tentu ada keistimewaan masing-masing. Justeru itu yang baik2 sudah tentunya dari Allah. Maka terpulanglah kpd insan masing2 samada disalur ke arah kebaikan atau sebaliknya.

Namun kebiasaannya kalau insan itu berilmu jarang menunjuk-nunjuk. Tp bagi yang baru nak tahu dan belum habis belajar, insan tersebut selalunya lebih kuah dari sudu. Perasan diri tu (I'm the best among the best).

Apa salahnya kalau ilmu yang baik dikongsi bersama ya.

Maaf Tn Kamal,
Kalau ada salah silap harap perbetulkan. Sy ni walapun dh di usia senja tp masih bertatih. Belajar sikit2 selagi hayat masih ada.

Wallahu Alam.

MIM YA LA HA

Cetusan said...

betul tu Kenyalang..

ye betul Dr. Kamal.

i feel your pain

i feel your pain
audrey & nurul hanis