Thursday, January 7, 2010

Awas ilmu Hitam!!!

AMARAN: Sementara posting ini belum dibaca dengan lebih lanjut, harap pastikan tingkap dah bertutup, pintu dah berselak dan tiada sesiapa selain anda berada di situ. Kalau terdengar lolongan anjing, anggap sahaja tidak ada apa apa. Kalau terasa seakan ada sesuatu berdiri di belakang, buat tak tahu sahaja. Kalau terasa hembusan angin di belakang leher, biarkan sahaja. JANGAN TOLEH!

1. Baru baru ini, Pak Wan dari Redzuan FotoMedia Pertama Kompleks beritahu ramai yang dah berminat semula dengan ilmu hitam. Bukan sahaja dia pernah disoal, malah ramai yang berani terang terangan bertanya berkenaan itu.

2. Benar, lewat 80an, Pak Wan dan anak anaknya adalah mangsa bagi orang yang menuntut ilmu hitam ini. Ikhlas@adik dan Indra Che Muda pun selalu dikacau oleh mereka. Tak cukup dengan itu, mereka sanggup mengotorkan premis RFM sehingga menyebabkan orang lain takut untuk masuk ke sebuah bilik bersebelahan di dalam studio premis itu.

3. Kata Pak Wan, pada masa tu, dia " rasa" sesak hinggakan hendak bergerakpun sukar! Bayangkan! Pak Wan yang berpuluh tahun semua-orang-tahu-baik-pekerti itu pun menjadi sasaran dan asakan mereka! Sampaikan hendak makan pun tak mampu! Aneh!

4. Hanya baru ini Pak Wan beritahu yang Indra dan Ikhlas juga rupanya terkena tempiasnya! Ikhlas terpaksa tempuh pelbagai dugaan. Indra pula terpaksa berhadapan dengan pontianak!Sampai hari ini jarang sekali mereka berdua dapat masuk ke premis ini dengan tenang!

5. Tak cukup dengan itu, bila ada sesiapa yang tahu cerita ini(termasuklah anda dan saya), ada ketikanya kita akan rasa semacam. Tangan akan mula sejuk dan dada berdebar. Telinga pula akan jadi lebih peka terhadap bunyi dan yang paling seram- mendengar suara halus seolah olah berbisik di telinga-" pergi..pergi..pergi.."

5. Jadi, kepada anda yang teringin merasai 'bahang' ilmu hitam ini, datang dan jumpa Pak Wan sendiri di Pertama Kompleks. Pak Wan dan anak anaknya dah ada petua untuk anda elak gangguan ataupun lebih fokus.

6. Jangan bimbang kalaupun ada yang kata anda kolot!! Bawaklah apa apa kamera samada video, digital atau filem yang anda ada dan buatlah hitungan sendiri untuk dapatkan bukti sebelum dan selepas anda berkunjung ke situ. Bilik yang saya maksudkan masih ada di situ. "Dia" juga berada di situ...

Jangan risau atau takut. Anda hanya perlu berani melangkah masuk ke dark room itu untuk belajar develop gambar dari filem ke negatif ke sekeping foto stail retro macam saya dulu dulu!

kamal fnd hashim

p/s

Terimakasih kepada Pak Wan atas terma "Ilmu Hitam" ini!

12 comments:

baby ashue said...

Buat kotor tangan main cuci2 gambar ni..
Skrg da 2010 dah, org skrg guna dig camera print kat Printer je.. Susah oo skrg nak jmpe kamera2 negatif ni.. dah layak masuk muzium dah...
Ape2 pon budak Masscom Uitm, puas dah main kotor blaja benda2 ni..
Last2, xgune pon ilmu ni.. ngabehkan duit Mara je.. yuhuu..

akak said...

Biasa nampak Pak Wan menjamu selera di Medan MARA.
Pernah juga dapat hasil 'ilmu hitam' Pak Wan beberapa kali dulu.

kenyalang said...

Oh ya, Pertama Kompleks sebelah Medan MARA tu? Bgn MARA tu Ibu pejabat kami. dulu2 sllu jgak dhntar kursus di sana. Tp xperasan pulak ada Redzuan Foto Media. Lgpun mata hnya tertumpu ke Sogo, Gulatis, Nagoya pendek kata pa2 jelah yg menarik perhatian ompuan d situ.

Lagipun...
Ilmu Hitam tu kata omputeh Black Magic tp sy lbh berminat ngan Blackmaria. Nak layari double you, double you, double you dot radio24 dot kom dot mai. nk dgr leteran Tn Kamal pulak.

Blue tu my favourite colour macam warna baju di foto sebelah he, he.

Cetusan said...

bagus juga dapat belajar Freedari tok Wan.

Kenyalang...
best dgr R24 dgr DJ kena sakat huhuu..merah muka dj mungkin..

kenyalang said...

zeqzeq tupun klau btul masanya boleh dgr. sy ni d luar lingkungan. radio24 mmg xleh. nk website masa ofis hour lg xleh.

Tn Kamal Naper xsalur ke S'wakFM atau Cats Radio? Bglah Org S'wk dgr Rcgn Black Maria tu juga especially bg yg xda internate di rumah. kalau mlm lg bagus.

ajim said...

cuba utk percaya tetapi masih tak berdaya..biar apa pun kebenaran akan terbukti jua akhirnya,,huhu..hope dapat jumpa pak wan dan mendengar pengalamannya..

Dino Conoco said...

sesiapa pon boleh masuk?? kalau sy nak masuk bilik tu agak2 pak wan kasik ke?? hmmm

Sheera said...

dark room...everything is dark..
hmmm.
quite interesting...:P

azieazah said...

Saya tahu kedai Pak Wan tu. Saya pernah lalu lalang di situ sekali sekala...

Sejak dari zaman filem - negatif - cuci dalam dark room...

hmmm tak sangka ler pulak.

kamal fnd said...

ini bukan cerita entiti hantu le. Catatan ni untuk kursus fotografi sebab dark room adalah sebahagian drpd elemen penting dalam fotografi.

Pastu, masa berbual dengan pakwan, dia sebut 'ilmu hitam' sebab dark room kan gelap!he he he

itu le postingnya! he he he

:::jillian de jill::: said...

he he he... bila baca p/s dan ayat terakhir baru paham!

kfaisal said...

la.. ingatkan betul-betul lah tadi cerita pasal kisah seram..
buat penat je tutup lampu.. ;p

tapi memang 'film' sekarang dah mcm 'making comeback'.. barang2 yang dulu murah sekarang dah ada demand harga.. leceh betul.. ;(

i feel your pain

i feel your pain
audrey & nurul hanis