Monday, January 18, 2010

Puaka Bandar Lama

Sila baca dalam keadaan tenang. Kalau belum tenang, jangan baca. Dan sila baca ikut turutan 1 hingga 5. Jangan lompat lompat. Ok? Tenang..tenang..baca ya?

1. Seorang peniaga dakwa dipukau lelaki warga asing yang berpura pura datang nak membeli air dengan not 100. Bila wang dah dipulangkan, tiba tiba lelaki itu minta duit baru 50. Bila Puan N buka sahaja laci, si lelaki memasukkan tangannya dan mengambil semua duit sebelum diletak semula sebahagiannya. Bila dia dah bergerak, Puan N dapati duit hanya berbaki 600 dan dah dikebas 1100. Pukau katanya.

2. Dan inilah cerita yang banyak kali terdengar dan termaktub di dada akhbar. Bukan sekali dua berlaku. Kaedah yang sama; alih perhatian. Macam silap mata tu. Cumanya, ada orang dakwa ini kerana kita manusia ada minda bawah sedar, minda separa sedar, minda tengah sedar lah(kih kih kih).

4. Pukau? Eh! Biar betul? Secara peribadi dan tidak, saya tak sependapat. Pakau ada. Pulau pun ada. Tapi, pukau?

5. Kalau minda bawah sedar ada, macamana diaorang tahu ya kewujudannya? Dah namanya bawah sedar! Tapi pukau? Eh ada pembaca blog ini yang pun dah kena pukau tau! Tak yah jampi jampi? Tak payah! Biar betul bro?Abih tu, macamana boleh baca perenggan ni! Baca semula arahan kat atas tadi. Eh? Cuba tengok betul betul! Haa, camtulah pukau!!

kamal fnd hashim

17 comments:

ajim said...

pada saya,'pukau'tu adalah menguasai mind setting seseorang,,kalau kita dapat kuasai pemikiran seseorang tu,kita mampu memukaunya,,

kenyalang said...

Salam tn kamal, mmg bijak tn ni ye, pukau xyah jampi2 pulak. kalau sy baca td dari perenggan 5 ka perenggan 1 adakah sy bebas dari ilmu pukau tu? he, he.

Azrul Adnan said...

terbaik!!begitu mudah tuan pukau kitaorang..ha3..

aku seorang Temah said...

sungguh comel ilmu pukau tuan..hahaha..

Zamie a.k.a Az said...

adoi...
camna boleh kene nih...
dess..dess..dess..(hantuk kepala ke dinding...)

Cetusan said...

pukau,??alih perhatian adalah,
kalau dia puji'
' Hidung Puan N cun la..'
'Puan N nampak Ayu hari ini.'.

pukau juga ker?

Cetusan said...

pukau tidak akan menjadi bila marah atau tegang,

gengam tangan anda..kacip gigi anda

pukau terjadi bila khayal dan lali.,gelak dan senyum..

Ida said...

Hahahaha.. fokus.. fokus....

laili said...

Ahaks!
Pukau - pukau..
Pemadam Baru.. ilmu pukau pun ada kategori 'comel' jugak ek..hehehe

kamal fnd hashim said...

zeqzeq,

cuba baca betul betul!he he

mana ada nombor 3! tapi semua orang baca sampai habis walhal arahan baca ikut turutan je kan?he he he

Itulah aleh perhatian. Itulah demonstrasi pukau! lu pun kena ek?he he he

kenyalang said...

Ha, ha, ha, Zeqzeq tpukau juga, kaw, kaw, kaw.

Cetusan said...

apasal skrin saya berlapis-lapis(kena pukau juga ker)

Faizul83 said...

hahahah kes yang MO nya macam ni selalunya saspek adalah warga arab.. jadi pesan saya sekiranya ada warga arab nak tukar duit dengan kita kalau boleh jangan... saya ada juga ambil kes macam ni cuma tak ingat brapa... ^_^

Anonymous said...

mcm2 hal..
antara lagi ayat2 pukau yg fofuler..

"jutawan!!!"
"goyang kaki dpt duit"
"waaa.. saya sunggoh x percaye!!! lu menang kelete!?!" ~ kelam kabut kengkonon call hq...

harap Tuan Kamal bagi tips kaedah/tindakan yg sewajarnya sekiranya kejadian tersebut jadi depan mata..

Faizul83 said...

Sek 15A AKK. Menawarkan, memujuk untuk menawarkan, atau berkeliaran dengan tujuan menawarkan perkhidmatan untuk keuntungan atau hadiah.(penting untuk saleman yang selalu masuk pejabat orang)
Hukuman: denda tidak lebih lima ratus ringgit atau di penjara tidak lebih 6 bulan.
Kecuali orang yang ada lesen berniaga

Packy said...

Tuan Kamal..penah alami perkara yg sama byk kali, tapi sebab banyak terbaca di akhbar, dan jiran2 bisnes semuanya tlg-menolong, highlight kalau nampak spesis pak arab nie...saya pulak amek langkah berjaga-jaga. Selalu pesan dengan staff, kalau ada spesis macam tu nak tukar duit...pastikan jangan layan, dan yang penting, jangan sekali-kali buka drawer cash register uth org2 yg bisnes.

tadika akrab bestari said...

sy bebas dr ilmu pukau.x bc pn perenggan akhir.

i feel your pain

i feel your pain
audrey & nurul hanis