Friday, June 20, 2008
Nukilan buat Abah
" Airmataku menitis terkenangkanmu
Terlalu sayu di hati bila kau jauh..
Dan aku masih menunggumu..
Dan aku masih menantimu
walaupun kau disana jauh dariku
namun doaku kan tetap bersamamu.." (Julfekar/Farawaheeda)
Entah kenapa Jumaat ini sayu. Dan setiap Jumaat, pada mentarinya yang terik, hati ini bagai di carik. Kalau pilunya barang segenggam dua, barangkali Adam ini betah bertahan. Kalau sayunya barang sejengkal dua, lelaki ini pasti masih boleh ketawa.
Cumanya, pada setiap wujud Jumaat, kalbu ini pasti teringat Abah. (Hari hari lain juga begitu sebenarnya. Cuma hari Jumaat adalah kemuncaknya). Hanya sahaja ada kulit di badan; nescaya terlompat rinduku mencarinya. Noktah.
Tinggal 5 hari sahaja lagi sebelum Aidilfitri 1998. Lebih tepat lagi Rabu, 13 Januari. Waktunya 12.27 tengahari. Saat itu abah tamat hayatnya.
Hanya 16 jam sebelum itu, selepas berbuka puasa, tangannya yang sedikit kedut itu kucium sebaik ketemu Abah. Santai sahaja Abah bersandar di bangku kayu wadnya di Hospital Seremban.
"Abah dah ok ke?"
"Dah boleh tendang bola dah", jawab abah.
Dan kami ketawa. Sedikit tidak tersangka, itu tawa terakhirku bersamanya. Langsung tak terlintas. Sumpah!
15 minit bersama, lelaki itu banyak bercakap tentang raya. Kisah persiapan dan sebagainya. Juga minta bantu angah (abangku Johari Affandi yang 2 tahun selepas itu menyusuli Abah).
Kemudian itu, jam 8.16 malam, sebaik kumohon diri kembali ke Kuala Lumpur (kerana ada perkara yang perlu dibereskan), abah bersuara;-
'Duduklah sekejap. Sekejap je lagi", separuh rayu separuh rintih bunyinya. Ada pilu ada rindu dalam suaranya. (dan aku masih tuli pada ketika itu). Sekonyong Abah berbicara tentang esoknya dan minta singgah awal kerana dia juga akan balik bersama. Jangan malam tapi petang, kata Abah. Kemudian, kami berpisah.
ESOKnya.
1245pm semasa sedang memandu di Shah Alam dengan menjangka untuk bersiap pulang lebih awal, kak teh berada di talian. Mal, mak baru je sampai rumah Hospital dah telefon. Diaorang mintak keluarga datang segera!Kenapa kak teh? Tak tahu. Mak nak pergi ni.
130pm. Hospital Seremban.
Sebaik melangkah masuk wad, kepada soalan yang terpacul dari mulut ini," Sister. Mana bapak saya Kak?", Jururawat itu cuba menyuruhku duduk. Baru sahaja dia cuba berkata "sabar dik. Bapa..", mulutku memansuhkan jawapannya dengan," saya tahu bapa saya dah meninggal. Di mana jenazahnya?". Dan masa seakan terhenti.
Ruang itu menjadi sunyi tanpa abah. Bukan langitku sahaja runtuh tapi jiwaku juga runtun. Baru semalam sahaja kita berjumpa dan abah masih ada; dan kita menghirup udara yang sama. Baru semalam saja kita ketawa bersama.
Abah, selama hayatmu aku sengaja terlupa mengucapkan bait bait kata sebentar ini nanti untukmu. Maafkan aku kalau sememangnya sepanjang hidupmu kau menantinya singgah di cupingmu. Ampunkan aku kalau kalau kau juga sebenarnya rindu;-
"Selamat Hari Bapa".
Dan aku masih merinduimu..
Thursday, June 19, 2008
Demi Masa
a) ceramah ke sekolah sekolah serata Malaysia
b) program luarbandar; estet dan banat
c) rakaman program TV
d) bengkel keselamatan wanita
e) Klinik untuk penuntut IPTA/IPTS
Maaf kepada semua kiranya 5 hari itu berlalu tanpa ada coretan baru. Bahawa hidupku berlalu dengan pantas dan laju..bahawa masaku bukan untukku..
Ada juga yang bertanya bagaimana dengan urusan masa saya. Well, namanya juga aktivis! Makanya perlu aktif!! Umum berpendapat saya mungkin bersandar di kerusi malasku setiap hari dengan santai. Realitinya, kerusi kereta saya lebih memahami. Sudah 13 tahun saya abdi kepada perjuangan ini.
Kadangkala terdapat manusia yang hanya kerana anda tidak membalas atau menjawab panggilannya, maka anda besar kepala. Ah yang benar? Betul. Saya pernah terima mesej mengatakan bahawa, ' awak perlu mengubah attitude celebrity awak'.
Semuanya gara gara saya yang diminta menjawab kehadiran menggunakan surat resmi sedangkan saya telahpun menjawab menerusi e-mail bahawa saya akan hadir. Dua hari sebelum event, saya tel dan sms penganjur dan tiada jawaban.
Pada hari yang berkenaan, saya terus ke lokasi tersebut. Saya nampak pengurus yang berkenaan dan perempuan itu nampak saya. Dan dia kemudiannya menoleh ke arah lain dan pura pura tidak melihat saya!Kemudian itu, saya teruslah kembali ke Kuala Lumpur. Dalam perjalanan 2 jam itu, saya cuba tel dan sms perempuan tersebut. Tiada jawapan. 2 hari selepas itu dia berkata,
" My management instructed to replace you since we r not able to contact u last week. U did not take us seriously. My staff tried to call. I tried to call. U did not border (bother?) to return our call. U failed to send us formal quotation as requested. How could i process your 3/4 lanes email? I really respect you for your knowledge. So sad how you tread (treat?) us..your client. Is not that we ask u to come for free. U definately have to change ur celebrity attitude. Not blame us".
Nah, saksikan sendiri bagaimana satu pengurus Komunikasi Korporat PROLINTAS menjawab( 2 hari selepas itu) kenapa tiada jawaban bila saya pula tel dan sms berkali kali (2 hari sebelum event itu) dan dia juga tidak menjawabnya?
Aneh bukan bilamana kepada soalan kenapa dia berpura pura tidak nampak adalah kerana jawapannya seperti di atas? Komunikasi Korporat? Pengurus? Bahkan budak tadika pun tahu itu jawapan bodoh.
Kenapa jawapan bodoh?
A) Bukankah kalau keputusan itu telahpun dibuat lebih awal, kenapa tidak sms saya sahaja beritahu pembatalan?
B) Bukankah saya juga telah mengesahkan kehadiran saya dalam email?
C) Dia dan stafnya mendakwa telah cuba berhubung seminggu sebelum itu dan saya tidak menjawab? masing masing terlupa bahawa saya ada menghantar sms jawapan mengatakan saya sibuk dan biarlah eventnya jalan dahulu kemudian baru kita pergi ke soal soal formaliti?
D) Client saya? Bila masa mereka menjadi client saya? Baru pertama kali berurusan dah jadi client saya? Kalau atas rasional itu, maka saya juga clientnya dan dia melayan clientnya seperti ini?
E) Mereka juga telah menjemput saya TANPA SURAT RESMI!! kah kah kah..(dan mengatakan saya tidak membalas dengan rasmi?)
Timbanglah sendiri. Kepalaku yang besar atau mereka yang khilaf? Kalau hanya untuk wang, saya belum lagi lapar dan sanggup meletakkan wang dahulu daripada event itu kan? Dan seperti biasa, kalau hanya baru sekali cuba "berkhidmat" kepada masyarakat, jangan main wayanglah..
Tanpa mereka, saya masih bisa teruskan sisa hidup. Bukan menolak rezeki tetapi umumnya biar sahaja saya jelajah sekolah2 yang lapar ilmu itu serata Malaysia dengan upah bakul buah atau pisang sahaja daripada formaliti yang tidak membawa manfaat.
Biadap? Demi Masa, aku bukan biadap. Aku hanya lancang bersuara dan menyatakan kebenaran bahawa masa itu lebih penting untuk diisi dengan cara menjimatkan nyawa daripada formaliti yang membazirkan tenaga! Mentelah, untuk fitrahku sendiri aku juga bahkan tidak mempunyai masa inikan pula untuk si pura pura?
Hanya kerana mempunyai wang, belum tentu juga mempunyai budibahasa!
Friday, June 13, 2008
Barangkali itu lebih baik untuknya
Anak kecil itu merenung jauh. Dihela nafasnya dalam dalam...sayup. Sekali imbas tampak dia masih lagi bernyawa. Masakan yang tidak bernyawa boleh duduk seraya tangan memegang pensil warna dan melukis!Bahkan! Tapi, kalau sesiapa berpeluang melihat matanya, yang ada hanya tiada.
Barangkali hanya perasaan saya sahaja yang begitu. Barangkali saya hanya menelah dan tersasar jauh. Tapi ini kisah benar. Hakikat bahawa, menerusi mata adik kecil itu, terpampang riwayat hidupnya untuk dirasa.. bahawa prasangka dan firasat saya membaca alunan kehidupannya yang berbeda...penuh dengan nyawa tapi tanpa makna!
Dan saya tercampak ke realiti bila melihat sekeliling. Di celah kelapa sawit yang bangka dan longkang yang keruh airnya, Fatiha hanya satu nyawa. Satu statistik sahaja. Satu tanda bulat pada papan percaturan daftar kelahiran manusia.
Tak siapa peduli tentang masadepannya. Mentelah, Fatiha lahir tanpa kedua dua kaki akibat gen orangtuanya. Dia anak istimewa kata massa. Habis tu, kenapa? Apa yang istimewanya?
Istimewanya barangkali hanya wujud dalam bulan puasa sahaja. Pada ketika itu, dirinya dirai bak Permaisuri Sehari. Penuh manja dan kasih belasan. Bak menatang minyak yang penuh, kata setengah orang. Ada saja yang datang menyampaikan sedekah dan pakaian; kalau ramadhan masih mengambang, Tuhan begitu dekat barangkali!
Hanya 1 bulan itu Fatiha "wujud" di kalangan manusia tapinya. 11 bulan lagi, dia hanya satu dot yang tidak memiliki makna kepada sesiapa (kecuali orangtuanya). Salah siapa ya? Apakah mata kita perlu buta? Atau hati, takdirNya, hanya terbuka di bulan puasa?
Mana lebih afdal; lebih baik tiada daripada ada kerana hanya membawa sehama makna?ATAUPUN, lebih baik ada daripada tiada kalaupun tidak membawa sebarang makna?
Barangkali itu lebih baik untuknya..
P/s - Bukankah dia satu ujian, pada setiap masa, bagi kita yang ada hampir segalanya? Bahawa ciptaan Tuhan tiada yang sia sia?
Thursday, June 12, 2008
Ketawa dalam takwa
Sampai di pejabat. Datang lambat kerana ada urusan yang lain. Sepatutnya pagi ini ada rakaman RTM tapi mereka tak dapat cari pej ini. Jadinya mereka maklumkan nak minta tangguh hari Isnin nanti. Ok la tu.
Bukak sahaja blog, nampak komen qul dalam chatbox.
"tadi dpt eml pasal ragut. giler tul kat petrol pam lak tu. selamba je ragut bag pompuan tu. yg lain leh pandang je!! nape ek masyarakat kita mcm tu??..
dah hilang ke masyarakat penyayang yg selalu diagung2 kan kat tv, radio, media cetak??..dah cukup prihatin ke? salah sape nie en kamal?..kita sendiri ke?"
Saya tertarik dengan apa yang diperkatakan perihal 2 dimensi yang berbeza. Yang pertama, ehwal penonton setia bagi setiap kecemasan, kemalangan dan keselamatan yang berlaku kepada orang lain. Kenapa keadaan jadi begitu? Mudah. Tragedi bagi seseorang adalah komedi bagi orang lain.
Bila orang lain terjatuh kerana terpijak kulit pisang..BERDEBUK!!..kita akan tertawa,kan?
Bila orang lain ice skate dan terjatuh terlentang, kita jugak pasti gelak.
Bila orang lain tiba tiba terkentut, lagi sakan le kita ketawa!!!
Anehnya, bila kita pula berada di tempat mereka, kita juga ketawa! Cuma motifnya berbeda. Dia tadi ditertawakan dan kita pula ketawa kerana mahu lindung malu!
Nah, esok esok bila ada yang jatuh bagai nangka busuk di depan kita, jangan hanya setakat ketawa. Sambil ketawa itu, berjalan ke arahnya dan bantu. Kenapa tak perlu berhenti ketawa? Kerana di dalam ketawamu itu terdapat redhamu dan di dalam bantuanmu terdapat redhanya.
Wednesday, June 11, 2008
12 Jam dalam nafasku
Hujan rintik membasahi jalanraya dan saya sedang memandu. Dalam minda terfikir tentang berita my Nek Yong pass away jam 6.50 ptg sebelumnya. Zali sepupu beritahu over the phone yang jenazah ada di rumah paksu saya di PJ. Saya pula sibuk dan hanya sekarang dapat menghala ke sana.
Tiba di rumah paksu, jenazah Nek Yong terlantar di ruang tengah banglo itu. Di satu sudut, Makcik( adik arwah abah) dan Mak Itam sedang membaca yasin. Di luar pula, Pakcik, Paksu dan tetamu lain yang saya tak kenal sedang duduk berbual di antara mereka.
" Mana dapat tahu Mal?", sapa Paksu.
" Zali tel petang tadi Paksu. Maaf Paksu. Baru sekarang saya dapat datang".
"Takpa. Makcik ada kat dalam", sambung Paksu.
" I am sorry for your lost, Paksu".
Dan ketika itu, berlegar di fikiran saya tentang orang yang saya tidak kenali yang berada di situ. Bagaimana nanti saat kalau sampai giliran saya pula menghembuskan nafas terakhir? Atau lebih tepat lagi, pada ketika jenazah kita sendiri terlantar, apakah hanya yang kita kenali sahaja yang akan datang?
Berkali kali saya cuba menganalisa persoalan itu. Maka setiap kalinya saya menambah kebarangkalian bahawa, kalau hari kematian saya sendiri, jawapannya lebih serong ke arah tidak pasti @ entah!.Justeru, ia membawa kepada soalan karut saya kali ini- Di mana nilai kita di mata yang lain?
Bagi saya, kalau orang yang kita kenali hadir dan menangis, itu tandanya bahawa kita manusia normal yang telah menghabiskan usianya dengan menjadi makna kepada kerabat kita sendiri. Kita mereka sayang dan mereka kita sayang atas dasar kekeluargaan. Dan tentunya mereka pasti menangis. Normal. Tapi, kerana apa? Apa motifnya?
Barangkali mereka hanya menangis kerana hutang piutang kita kepada mereka yang masih belum langsai, kerana siapa pula yang akan membayar ansuran kereta, kerana diri tiba tiba menjadi duda dan janda ataupun kerana beban si mati terpaksa mereka pula pikul?
Di sebalik airmata, banyak ceritanya. Sebenarnya, ada juga yang mengambil kesempatan di atas kematian seseorang untuk manfaat dirinya sendiri. Dijaja airmata itu untuk wang, demi pangkat malah demi jawatan.
Ambil kisah ini sebagai teladan. Saya pernah lihat orang yang ketawa dan biasa biasa sahaja nilai kematian itu semasa tetamu hadir menziarahi jenazah ibunya. Dia tidak murung. Sebaliknya, dia berinteraksi dan berjenaka seperti biasa. Pelik? Tidak! Yang pasti, bila Orang Besar menziarahinya keesokan hari, terpampang gambar dia sedang bersungguh sungguh murung dan hiba dengan kematian ibunya!! Aneh sekali!!! (P/s ; dan dia mendapat jawatan itu kemudiannya!!)
Kembali kepada persoalan sebenar coretan saya kali ini, pada hemat saya, kita nanti boleh pergi dengan tenang bilamana andaian congakan bilangan yang tidak kita kenal lebih ramai hadir pada hari kematian kita. Kenapa? Kerana mereka menangisi pemergian kita bukan atas dasar kekeluargaan tetapi atas dasar kemanusiaan. Tapi, bagaimana caranya? Mudah sahaja sebenarnya. Jadilah insan yang memberi manfaat kepada semua...sentiasa.
Jangan jadikan diri kita pelacur airmata.
1201 pm
Tiba di pejabat. Telefon berdering dering dengan sms dan panggilan. Ada yang mahu buat kempen dan menjemput saya di minit minit terakhir. Terimakasih di atas undangan ini. Tapi saya tidak akan hadir jemputan minit terakhir ini. Sombong? Bukan. Kerana saya tidak mahu meletak martabat ilmu di bawah tapak kaki. Sekejap pijak lantai, sekejap pihak tahi.
Kenapa ya, kita tidak terfikir perihal undangan penceramah di peringkat awal semasa merancang sesuatu majlis?Takkan tak pernah terlintas intipati pengisian program semasa mula mula meeting dulu? Takkan hanya bincang hal pelancaran nak grand, makanan nak sedap tetapi pengisian majlis ILMU hanya diletak dalam katogeri remeh sahaja?
Biadap! Bukan penyampai ilmu itu minta dimuliakan. Tak lapar pun. Cumanya, janganlah letak martabat dan takhta ILMU itu hingga peringkat skala terhina!
Maka itu, saya hanya tersenyum. Biarlah dunia mengatakan saya bangsat semata kerana undangan mereka saya tolak. Biarlah mereka anggap saya kurang ajar semata kerana enggan memenuhi serakah itu.
Bagaimana mungkin untuk bersetuju hadir bilamana ilmu dianggap mereka sebagai tempelan dan pelan tindakan kecemasan semata? Bagai anak tiri. Dahlah anak tiri, anak tiri angkat pulak tu! Sentiasa dipersenda dan dihina!
Dan aku masih bernafas..
Tuesday, June 10, 2008
Studio 2 dalam kenangan
Studio 2 ntv7 untuk shooting rancangan REMAJA tv3. Isunya jenayah seksual di kalangan remaja. Sparring partnernya Dr Robiah.
Sebenarnya studio ini banyak kenangannya untuk saya. Di sinilah majlis pelancaran Kempen Solo Pencegahan Jenayah Se Malaysia saya di lancarkan oleh Datuk Seri Shahrizat Jalil. Kenapa buat solo? Hanya untuk membuktikan bahawa kita sebenarnya mampu untuk membantu kalaupun hanya berseorangan.
Sebenarnya, terlalu sukar untuk mendapatkan bantuan khususnya kewangan bagi kempen kempen pencegahan jenayah dan saya juga tidak terkecuali. Puas memohon dari syarikat korporat yang kononnya peka dengan tanggungjawab sosialnya. Namun, hakikatnya di Malaysia, tak siapa peduli dengan permohonan seperti ini.
Maka pada saya, ianya satu celaan. Kalau kita mampu membiayai majlis kera'ian dengan belanja megabesar, kenapa tidak membantu dalam hal ehwal nyawa? Atau harga nyawa manusia sebenarnya sebesar hama sahaja?
Dan kerana sikap inilah setiap kali berlaku tragedi ke atas yang lain, kita akan hanya terus menangis dan sedih. Noktah. Kemana mahu kita sorokkan muka kita bila satu hari nanti Nurin bertanya apa yang pernah kita lakukan? Dimana keadilannya untuk adik adik seperti Nurul Hanis Kamil atau Audrey Melissa?
" Sungguh jauh dikau pergi,
berpisah untuk selamanya,
tiada lagi senyum mesra
dan gurau senda...
Ingin kuturut bersama
apa daya ku tak berdaya
sudahlah memang nasibmu dik
demikian rupa..."
Cuba kita tanyakan -pernahkan kita, selain dari menarik nafas panjang dan mengeluh, bersangka buruk terhadap diri kita sendiri? Bahawa nyawa nyawa ini tidak membawa apa apa makna bagi kita? Bahawa kematian mereka suatu yang sia sia jika kita tidak pernah belajar membelanya?
Ah..saya sudah lama berhenti kalau hanya untuk menangis. Saya sudah lama berhenti kalau hanya untuk bersedih..kerana saya tahu saya perlu hidup untuk mereka..
Monday, June 9, 2008
Letih tapi seronok
Bangkit dari tidur dan teringat hari ini ada beberapa appointment yang perlu dihadiri. Masih terngiang ngiang lagi kata kata sahabat saya Rasman Ithnain semasa di Felda Apeng Timur," Mal, biar letih tapi seronok!". Bunyinya nakal tapi itulah hakikatnya.
Mungkin ramai yang mengganggap saya dibesarkan dengan sudu emas dan ditatang dalam talam perak! Sebenarnya tidak. Saya anak orang susah. Hidup sederhana dari kecil dan pernah juga kena public canning kat sekolah! Saya pernah jugak mandi sungai dan main layang layang. Lebih dari itu, saya jugak pernah dicerca dan disisihkan kerana kami orang susah..hidup ala kadar.
Mana taknya; anak orang lain beli makanan kat kantin masa rehat sedangkan saya bawak bekal dalam kotak plastik je...anak orang lain pakai kasut Warrior dan saya dengan Fung Keong je! Anak orang lain pakai minyak rambut Code 10 dan kepala saya mak sapu dengan minyak Lenga@ Bijan je!Meleleh bila assembly tengahari!
Tapi semua itu mendewasakan saya. Saya lalui dan lihat semua. Kadang kadang menangis pada ketika itu kerana orang lain ada patung Combat Vic Morrow dan saya hanya dengan anak patung beruang yang mak hadiahkan. Kawan? Tak ramai sebab mungkin down-grade kalau mereka berkawan dengan saya. Antara kawan kawan yang saya ingat ialah 2 beradik dari estet Layang Layang yakni Ravi dengan Anthony, Chia Loong Hwa, P. Mageswary and M Shanti, Tabbassum, Robert Tay Thiam Hock, Ayem, Hashimah Hashim, Pahitah, Ah Chai dan Su Bangla.
Saya dengan Robert memang kamcing. Dari Sekolah Rendah Jubli Intan Rengam sampailah Sek Men Dato' Haji Hassan Yunos, kami berkawan. Shanti pulak sparring partner saya dari darjah 4 sampai kami berpindah ke Tampin bila saya naik Tingkatan 3. Dari darjah 4, saya fasih dah berbahasa Inggeris. Macamana tu? Saya banyak tonton tv tanpa tengok sarikata daa!he he he
Dan kemudian ini, bila saya kenang semula, memang benar kata kata Rasman (sekarang YB Tuan Haji Rasman ADUN Sedili, Kota Tinggi, Johor). Biar letih tapi seronok..Saya memang letih apatah lagi usia semakin meningkat..ehem! Namun, latihan, pendedahan dan pengalaman hidup terus mengajar saya untuk terus berlari dalam marathon kehidupan...biarkan dunia mengejar saya kerana saya telah lama berhenti mengejar dunia.
Apapun yang kita lakukan, biarlah kita letih tapi seronok. Dan barangkali inilah sifat saya; teruskan melangkah gagah kerana," Hari ini, jalan ini, pasti semakin berliku, kerana masadepan belum tentu menjanjikan syurga, bagi mereka yang lemah dan mudah kecewa..Perjuangan ini belum selesai, kerana hanya yang cekal dan tabah, dapat membena bangsanya yang berjaya".
Al-fatihah buat adik adik saya and a moment of silent to my sisters. Sis, I wont stop...battered and wounded i may be but i will march forward till my very last breath for I am the representative of the Dead..
Kamal fnd Hashim
Friday, June 6, 2008
Johor here i come..
Sampai pejabat ku yang kecil ini. Tersorok di celah himpunan kedai mamak, hari ni kena pack barang dalam kereta untuk ke Johor sempena kempen OUR HOME THE SAFEST PLACE. Sarat dengan muatan kereta ni dah!
11.30hrs.
Peluh menitik dari dahi. Belakang ku sakit semula...Ini kecederaan lama masa kerja dulu. Hero konon! Terjun dari tingkat 1 Kompleks PKNS nak tangkap penyamun. Nasib baik dapat tangkap but what was i thinking ya? Sebenarnya pada masa itu, i didnt think at all. You see, we were trained to protect and serve the public. Jadinya, that was the right thing to do then. Till now, kalaupun masa dapat diterbalikkan, i will still do the same. No regrets.
12.30hrs
Naik balik ke pejabat untuk bawak turun printer 21kg ni! Abih, macamana nak print sijil penyertaan kalau tak bawak kan? Jadinya bawak jugak le..Mungkin ada yang bertanya, kenapa tak print siap siap je dan biar nama nama peserta kosong supaya mereka boleh tulis sendiri? Bukan resmi saya begitu..bahkan dalam banyak bengkel yang saya kendalikan, saya rasa kita perlu hormat peserta. Mereka datang bukan suka suka dan sebagai menghargainya, kenapa tidak kita laksanakan tanggungjawab kecil ini?Macamana nak pikul tanggungjawab besar kalau yang kecil macam ni pun tak boleh.?
Dan inilah masalah kita sebenarnya..Ramai nak pegang jawatan tetapi tidak mahu mengisi keperluan jawatannya. Bagi saya, kita tidak perlu belot bila kita diberikan amanah tertentu. Kita perlu mengisinya sebaik mungkin kerana menghormati orang lain dan setidak tidaknya diri kita sendiri.
Saya tak pandai main wayang. Saya bukan kaki potong reben. Saya suka bekerja. Now, ask yourself, are you game enough?...
Setakat ini sahaja yang dapat saya coret. Nak bergerak dah. Kalau ada masa, nanti sampai JB saya update lagi...
p/s See you in Felda Lok Heng Timur esok...
Thursday, June 5, 2008
terimakasiiiiiiihhhhhhhhhh!!
5.00pm there i was at Surau Taman Bunga Raya. Why? My kakak sulung nikah daa..and yours truly jadi wali!! Pak andak dah risau mana si Kamal tak sampai sampai and called me up banyak kali. Well, the truth is the Surau takda dalam GPS! Macamana nak jumpa!
Sekali lafaz je i berjaya menikahkan my kak nor. Then i was overcome by emotion..if only abah is around...i lost my abah Jan 13, 1998...i miss him. I miss him.
8.00 pm is the kenduri for kak nor. Then came a phone call...jeng jeng jeng..I was informed that the EXCO agreed on my proposal and bersetuju melantik me as the Chairman for the Youth Exco! Proposed by Tan Sri Robert Phang @ Mr whistle blower (he gave out 10000 whistles for crime prevention purpose) and seconded by Tan Sri Yeoh Tiong Lay (YTL Corp)! Whoaaa!
I am truly happy. After all this years, the effort and recognition untuk belia dalam MCPF akhirnya berbalas. Kepercayaan yang diberi ini amat penting untuk pelapis belia akan datang. I hope akan datang lebih ramai belia akan melibatkan diri dalam pencegahan jenayah. I will guide them if they want to. But you have to do it for your country and not for your own gain. Prove it to me and i'll help you all the way.
I am a happy man today..Untuk belia di luar sana, come join me. Mari kita sama sama buat program untuk adik adik kita yang lain! But before that,mekasihhhhhhhhhhhh!!, for supporting this initiative. Tolong hebahkan berita ini kepada yang lain ek?
Wednesday, June 4, 2008
Jumpa nanti ek?!
2.30pm meeting in Crown Princess KUL for this coming event; National Crime Prevention Month scheduled in August. The usual suspects were there namely Dato Eddy Chin (the Chairman), Dato Kamaruddin Md Ali, Lawrence Chan and MCPF office bearer. The rest of the roundtable discussion were members from the PRESS and AWAM. Madeleine of ps The Children also ada..
My comment; Good food.
June 3rd
I was told over the phone by Puan Rohani that one of MBSB manager passed away due to heart attack. I bow my head and recites fatihah to En Kamaruzaman the Regional Manager of Northern Section. I met him during our campaign on may 1o, 2008 and had spent little time with him then to truly knows him..shame on me..
Which brings us to this';will there be a single soul who would remember me when i am gone? Better still, would those who cried for me are greater in numbers than those who are relieved by me not being around anymore? Have we done enough in our life?
I am still pondering on this.
June 4th
7.30am.. i am at TV3 for a slot in MHI. Today's topic- jerat khayal. It is abour Date Rape Drugs i.e. Rophynol, GBH and Spanish Fly...he he..seriously! After that, while waiting for the producer (Ahmad Fetri) to get hhis feedback, i bumped into the larger than life Mazidul Akmal. Whoaaa!!!
2 botaks!! BTW, i had my locks made to botak recently! (and i looked cute!)
Mazidul said,' bro, blog tu buat dalam bahasa inggeris je. Buat lah dalam bahasa Malaysia gak".
I said," ek? nanti gue cube le bro'.
He was armed with his camera and insisted to snap photos of two botaks! I told bro mazidul," aku tak bagi orang amek gambar aku botak tau! Nko je bro..only for you!". We laughed.
Now, i think i will be blogging in bahasa malaysia and will give it a try. If the responses is good, then, sorry old chap, i will blog in bahasa malaysia only. If it is no good, then i'll continue in English. If it is just so so, i'll do it it both! Hah
Apapun, i am happy cos orang jarang lawat my blog. Hence tak payah update selalu daa!!
Untuk orang orang johor khususnya Kota Tinggi, tunggu kamal affandi di Felda Apeng Timur ek pada 7 Jun ni. Kawan turun kempen rumah kita- tempat paling selamat kat dewan sana. Kawan harap ramai datang le..
Jumpa nanti ek.