Wednesday, June 11, 2008

12 Jam dalam nafasku

1201am

Hujan rintik membasahi jalanraya dan saya sedang memandu. Dalam minda terfikir tentang berita my Nek Yong pass away jam 6.50 ptg sebelumnya. Zali sepupu beritahu over the phone yang jenazah ada di rumah paksu saya di PJ. Saya pula sibuk dan hanya sekarang dapat menghala ke sana.

Tiba di rumah paksu, jenazah Nek Yong terlantar di ruang tengah banglo itu. Di satu sudut, Makcik( adik arwah abah) dan Mak Itam sedang membaca yasin. Di luar pula, Pakcik, Paksu dan tetamu lain yang saya tak kenal sedang duduk berbual di antara mereka.

" Mana dapat tahu Mal?", sapa Paksu.
" Zali tel petang tadi Paksu. Maaf Paksu. Baru sekarang saya dapat datang".
"Takpa. Makcik ada kat dalam", sambung Paksu.
" I am sorry for your lost, Paksu".

Dan ketika itu, berlegar di fikiran saya tentang orang yang saya tidak kenali yang berada di situ. Bagaimana nanti saat kalau sampai giliran saya pula menghembuskan nafas terakhir? Atau lebih tepat lagi, pada ketika jenazah kita sendiri terlantar, apakah hanya yang kita kenali sahaja yang akan datang?

Berkali kali saya cuba menganalisa persoalan itu. Maka setiap kalinya saya menambah kebarangkalian bahawa, kalau hari kematian saya sendiri, jawapannya lebih serong ke arah tidak pasti @ entah!.Justeru, ia membawa kepada soalan karut saya kali ini- Di mana nilai kita di mata yang lain?

Bagi saya, kalau orang yang kita kenali hadir dan menangis, itu tandanya bahawa kita manusia normal yang telah menghabiskan usianya dengan menjadi makna kepada kerabat kita sendiri. Kita mereka sayang dan mereka kita sayang atas dasar kekeluargaan. Dan tentunya mereka pasti menangis. Normal. Tapi, kerana apa? Apa motifnya?

Barangkali mereka hanya menangis kerana hutang piutang kita kepada mereka yang masih belum langsai, kerana siapa pula yang akan membayar ansuran kereta, kerana diri tiba tiba menjadi duda dan janda ataupun kerana beban si mati terpaksa mereka pula pikul?

Di sebalik airmata, banyak ceritanya. Sebenarnya, ada juga yang mengambil kesempatan di atas kematian seseorang untuk manfaat dirinya sendiri. Dijaja airmata itu untuk wang, demi pangkat malah demi jawatan.

Ambil kisah ini sebagai teladan. Saya pernah lihat orang yang ketawa dan biasa biasa sahaja nilai kematian itu semasa tetamu hadir menziarahi jenazah ibunya. Dia tidak murung. Sebaliknya, dia berinteraksi dan berjenaka seperti biasa. Pelik? Tidak! Yang pasti, bila Orang Besar menziarahinya keesokan hari, terpampang gambar dia sedang bersungguh sungguh murung dan hiba dengan kematian ibunya!! Aneh sekali!!! (P/s ; dan dia mendapat jawatan itu kemudiannya!!)

Kembali kepada persoalan sebenar coretan saya kali ini, pada hemat saya, kita nanti boleh pergi dengan tenang bilamana andaian congakan bilangan yang tidak kita kenal lebih ramai hadir pada hari kematian kita. Kenapa? Kerana mereka menangisi pemergian kita bukan atas dasar kekeluargaan tetapi atas dasar kemanusiaan. Tapi, bagaimana caranya? Mudah sahaja sebenarnya. Jadilah insan yang memberi manfaat kepada semua...sentiasa.

Jangan jadikan diri kita pelacur airmata.

1201 pm

Tiba di pejabat. Telefon berdering dering dengan sms dan panggilan. Ada yang mahu buat kempen dan menjemput saya di minit minit terakhir. Terimakasih di atas undangan ini. Tapi saya tidak akan hadir jemputan minit terakhir ini. Sombong? Bukan. Kerana saya tidak mahu meletak martabat ilmu di bawah tapak kaki. Sekejap pijak lantai, sekejap pihak tahi.

Kenapa ya, kita tidak terfikir perihal undangan penceramah di peringkat awal semasa merancang sesuatu majlis?Takkan tak pernah terlintas intipati pengisian program semasa mula mula meeting dulu? Takkan hanya bincang hal pelancaran nak grand, makanan nak sedap tetapi pengisian majlis ILMU hanya diletak dalam katogeri remeh sahaja?

Biadap! Bukan penyampai ilmu itu minta dimuliakan. Tak lapar pun. Cumanya, janganlah letak martabat dan takhta ILMU itu hingga peringkat skala terhina!

Maka itu, saya hanya tersenyum. Biarlah dunia mengatakan saya bangsat semata kerana undangan mereka saya tolak. Biarlah mereka anggap saya kurang ajar semata kerana enggan memenuhi serakah itu.

Bagaimana mungkin untuk bersetuju hadir bilamana ilmu dianggap mereka sebagai tempelan dan pelan tindakan kecemasan semata? Bagai anak tiri. Dahlah anak tiri, anak tiri angkat pulak tu! Sentiasa dipersenda dan dihina!

Dan aku masih bernafas..

6 comments:

Eija @ Purple28 said...

Takziah Tuan Kamal atas pemergian Nek Yong

Anonymous said...

Its okay. Yang penting, ambil iktibar dari sesuatu itu. Kadangkala kita lewat mengisi kesempatan yang datang yang akhirnya tak tergapai...sampai bila bila.

Jadinya Purple28, kalau ada ibubapa, sekarang ini kucup selalu tangan kedut itu. Juga berdoa..berdoa supaya anak pergi selepas mereka dan bukan sebelumnya.

Anonymous said...

Bagus dan indah sekali ayat yg kau aturkan... x sangka sdr Kamal ni bleh berbahasa melayu ngan begitu tertib dan puitis orgnya. My analysis is that U R a creative creature which help U see things differently & become criminal-like in a handsome way. ("creature" used here as in HULK way or also Makhluk Tuhan Paling Berani). Mcm ni la anak Melayu yg x hilang adat & adab w/pun menuturkan kata penuh bermakna & penuh sinis. I envy U, Sir!

laili said...

Salam........
Takziah tuan (pemergian Nek Yong).
Coretan tuan bukan sekadar coretan tapi meberi seribu pengisian... pengisian apa? pengisian ilmu... antara ayat-ayat tuan yang masih berlegar-legar di kotak fikiran saya..."Jadilah insan yang memberi manfaat kepada semua...sentiasa".Perlu disemat di dalam jiwa..All the best, tuan. May God bless u.

laili said...

Apabila ilmu dianggap sebagai tempelan, meletakkan martabat ilmu terlalu rendah..adalah tidak wajar. Manusia perlu belajar.. belajar menghargai ILMU. Sebut tentang belajar, saya teringat kata-kata Henry Ford : Sesiapa yang berhenti belajar akan menjadi tua walaupun berusia 20thn. Sesiapa yg terus belajar sentiasa muda meskipun berusia 80thn krn mindanya sentiasa subur & segar..

Anonymous said...

Thank anonymous!(walaupun masa SPM my BM dapat 7 je! Itupun pasal tulisan cantik!!)

Sebenarnya, tiada yang hebat tentang saya. Cuma Tuhan pinjamkan saya kesihatan, kekuatan dan ehsanNya. Saya hanya alatNya.

Apapun, terimakasih kerana singgah di blog ini.

i feel your pain

i feel your pain
audrey & nurul hanis