Monday, June 9, 2008

Letih tapi seronok

1000 pagi.

Bangkit dari tidur dan teringat hari ini ada beberapa appointment yang perlu dihadiri. Masih terngiang ngiang lagi kata kata sahabat saya Rasman Ithnain semasa di Felda Apeng Timur," Mal, biar letih tapi seronok!". Bunyinya nakal tapi itulah hakikatnya.

Mungkin ramai yang mengganggap saya dibesarkan dengan sudu emas dan ditatang dalam talam perak! Sebenarnya tidak. Saya anak orang susah. Hidup sederhana dari kecil dan pernah juga kena public canning kat sekolah! Saya pernah jugak mandi sungai dan main layang layang. Lebih dari itu, saya jugak pernah dicerca dan disisihkan kerana kami orang susah..hidup ala kadar.

Mana taknya; anak orang lain beli makanan kat kantin masa rehat sedangkan saya bawak bekal dalam kotak plastik je...anak orang lain pakai kasut Warrior dan saya dengan Fung Keong je! Anak orang lain pakai minyak rambut Code 10 dan kepala saya mak sapu dengan minyak Lenga@ Bijan je!Meleleh bila assembly tengahari!

Tapi semua itu mendewasakan saya. Saya lalui dan lihat semua. Kadang kadang menangis pada ketika itu kerana orang lain ada patung Combat Vic Morrow dan saya hanya dengan anak patung beruang yang mak hadiahkan. Kawan? Tak ramai sebab mungkin down-grade kalau mereka berkawan dengan saya. Antara kawan kawan yang saya ingat ialah 2 beradik dari estet Layang Layang yakni Ravi dengan Anthony, Chia Loong Hwa, P. Mageswary and M Shanti, Tabbassum, Robert Tay Thiam Hock, Ayem, Hashimah Hashim, Pahitah, Ah Chai dan Su Bangla.

Saya dengan Robert memang kamcing. Dari Sekolah Rendah Jubli Intan Rengam sampailah Sek Men Dato' Haji Hassan Yunos, kami berkawan. Shanti pulak sparring partner saya dari darjah 4 sampai kami berpindah ke Tampin bila saya naik Tingkatan 3. Dari darjah 4, saya fasih dah berbahasa Inggeris. Macamana tu? Saya banyak tonton tv tanpa tengok sarikata daa!he he he

Dan kemudian ini, bila saya kenang semula, memang benar kata kata Rasman (sekarang YB Tuan Haji Rasman ADUN Sedili, Kota Tinggi, Johor). Biar letih tapi seronok..Saya memang letih apatah lagi usia semakin meningkat..ehem! Namun, latihan, pendedahan dan pengalaman hidup terus mengajar saya untuk terus berlari dalam marathon kehidupan...biarkan dunia mengejar saya kerana saya telah lama berhenti mengejar dunia.

Apapun yang kita lakukan, biarlah kita letih tapi seronok. Dan barangkali inilah sifat saya; teruskan melangkah gagah kerana," Hari ini, jalan ini, pasti semakin berliku, kerana masadepan belum tentu menjanjikan syurga, bagi mereka yang lemah dan mudah kecewa..Perjuangan ini belum selesai, kerana hanya yang cekal dan tabah, dapat membena bangsanya yang berjaya".

Al-fatihah buat adik adik saya and a moment of silent to my sisters. Sis, I wont stop...battered and wounded i may be but i will march forward till my very last breath for I am the representative of the Dead..

Kamal fnd Hashim

8 comments:

Eija @ Purple28 said...

kesusahan En Kamal membuat en Kamal lebih berjaya hari ni..Saya suka bila en kamal dijemput dalam Talk Show kat TV.. mesti ader jer lawak-lawak yang penuh dengan informasi..Keep it Up!!

Anonymous said...

thank you. Kalau ada apa apa kelemahan saya yang perlu diperbaiki, let me know ek?

laili said...

Salam...
Hi Tuan Kamal,
Tiga hari tak lawat blog tuan dah banyak perubahan...Cunlah..
Tahniah..di atas pelantikan tuan (Chairman For The Youth Exco).
Semoga usaha dan komitmen yang ditunjukkan memberi inspirasi buat pelapis belia akan datang. Kepayahan menjadikan tuan lebih berani mengharungi cabaran...All the best & may God bless you...

Anonymous said...

Terimakasih jugak buat laili ek. Jangan lupa pastikan diri anda sentiasa selamat...

Anonymous said...

Tahniah...blog tuan dah byk berubah..saya pun susah gak masa kecik2...tapi itu pengalaman berharga utk kita. saya pun sama dgn purple28 suka tuan buat lawak bila pi TV3. Teruskan memperjuangkan nasib mereka teraniaya! tahniah diatas lantian yg diterima!!!

Anonymous said...

dan jangan lupa setiap isnin 9.15malam hingga 10.00 malam di 93.9FM Radio 24..Boleh call in jugak ek.

nurdaniella said...

dah lama tak menjenguk ke blog nih, dah banyak kelainannya... banyak juga yang dah tuan tulis... hehehe.. keep it up... kesusahan mengajar kita lebih menghargai..

Azrul Adnan said...

tuan..

biar papa harta jangan papa adab sopan dan ilmu..

saya juga pernah dlm situasi tuan..
sekarang saya x peduli..saya x kisah kalau dihina sebab miskin..saya bangga..kerana miskin or kaya..ttp akan diuji oleh Tuhan..

i feel your pain

i feel your pain
audrey & nurul hanis