Tuesday, June 10, 2008

Studio 2 dalam kenangan

1100am

Studio 2 ntv7 untuk shooting rancangan REMAJA tv3. Isunya jenayah seksual di kalangan remaja. Sparring partnernya Dr Robiah.

Sebenarnya studio ini banyak kenangannya untuk saya. Di sinilah majlis pelancaran Kempen Solo Pencegahan Jenayah Se Malaysia saya di lancarkan oleh Datuk Seri Shahrizat Jalil. Kenapa buat solo? Hanya untuk membuktikan bahawa kita sebenarnya mampu untuk membantu kalaupun hanya berseorangan.

Sebenarnya, terlalu sukar untuk mendapatkan bantuan khususnya kewangan bagi kempen kempen pencegahan jenayah dan saya juga tidak terkecuali. Puas memohon dari syarikat korporat yang kononnya peka dengan tanggungjawab sosialnya. Namun, hakikatnya di Malaysia, tak siapa peduli dengan permohonan seperti ini.

Maka pada saya, ianya satu celaan. Kalau kita mampu membiayai majlis kera'ian dengan belanja megabesar, kenapa tidak membantu dalam hal ehwal nyawa? Atau harga nyawa manusia sebenarnya sebesar hama sahaja?

Dan kerana sikap inilah setiap kali berlaku tragedi ke atas yang lain, kita akan hanya terus menangis dan sedih. Noktah. Kemana mahu kita sorokkan muka kita bila satu hari nanti Nurin bertanya apa yang pernah kita lakukan? Dimana keadilannya untuk adik adik seperti Nurul Hanis Kamil atau Audrey Melissa?

" Sungguh jauh dikau pergi,
berpisah untuk selamanya,
tiada lagi senyum mesra
dan gurau senda...

Ingin kuturut bersama
apa daya ku tak berdaya
sudahlah memang nasibmu dik
demikian rupa..."

Cuba kita tanyakan -pernahkan kita, selain dari menarik nafas panjang dan mengeluh, bersangka buruk terhadap diri kita sendiri? Bahawa nyawa nyawa ini tidak membawa apa apa makna bagi kita? Bahawa kematian mereka suatu yang sia sia jika kita tidak pernah belajar membelanya?

Ah..saya sudah lama berhenti kalau hanya untuk menangis. Saya sudah lama berhenti kalau hanya untuk bersedih..kerana saya tahu saya perlu hidup untuk mereka..

3 comments:

laili said...

Salam........
Kempen seumpama ini kurang diberi perhatian oleh syarikat korporat, mungkin dengan kerjasama oleh artis- artis popular baru mereka peka dengan "tanggungjawab sosialnya".

laili said...

Termenung.. saya merenung kata-kata tuan "pernahkah kita, selain dari menarik nafas pjg & mengeluh, bersangka buruk terhadap diri kita sendiri?Bahawa nyawa-nyawa ini tidak membawa apa-apa makna bagi kita? Mendalam sungguh maksudnya..sudah tiba masanya masyarakat kita berubah...Bagaimana??Fikir-fikirkanlah...

Anonymous said...

Kalau terpaksa pasang artis baru mereka datang, ia hanya memberi makna bahawa mereka tidak menghargai nyawa sendiri. Datang untuk nengok artis dan bukan demi ilmu. Kenapa perlu letak martabat ilmu di bawah telapak kaki?

i feel your pain

i feel your pain
audrey & nurul hanis