Ramadhan hampir sahaja mencecah sementara aku masih lagi berdiri. Kelu kesah, rinduku basah. Hanya sahaja jiwaku masih kental. Barang tidak, merangkakpun gagal.
Abah,
Bagaimana hari harimu? Segar di ingatan terakhir kita sahur,puasa dan berbuka. Bersama. Keras lagi di sanubari kenangannya. Cumanya, kalau dihitung(kalaupun terasa bagai sehari dua sahaja), 11 tahun kau meninggalkan dunia sedang aku masih di sini..
Abah,
Usah ayahanda khuatir akan gawatku memenuhi kewajipan dunia. Tau tau sajalah, berhadapan dengan manusia dan permasalahannya; Emosi dan otot melawan rasio dan otak! Rupa rupanya ada yang penuh sandiwara- sentiasa berusaha melemas dan membenamkan anakmu sahaja(kalau bisa aku menggelar diriku demikian).
Bukan abah mereka bukan orang biasa! Mereka ini manusia bergelar penuh bintang dan darjah kebesaran sedang anakmu orang biasa sahaja!
Cuma sepertimana dirimu semasa hidupmu( sekarang aku tiada tempat mengadu), anakmu akan sentiasa menyambung sumpah keramatmu;demi nusa, bangsa dan agama kalaupun aku terkorban memenuhinya.
Angah,
Barangkali padamu yang aku ini sudah terlupa keenakan lontong yang sentiasa kau sediakan itu. Barangkali juga padamu, sirap selasih bekas tanganmu tak bermakna buatku.
Jujurnya, aku belum pernah gagal melupakan bagaimana kita berbuka, kalaupun hanya air kotak sahaja,di stesen minyak tempatmu mencari nafkah tambah buat keluargamu. Dan aku tidak pernah malu duduk di lantainya sahaja sedangkan kau mahu menjaga maruah adikmu!
Aku,
Teruskan langkah kakimu mendepani dunia kerana sebenarnya kau telah lama meninggalkannya. Biarkan dunia mengejarmu dan bukan kau yang mengejarnya. Sujud sayang, kasih belasan simpan sahaja dalam selerangmu.
Kalau kau pula ramadhan ini bakal menyusul abah dan angahmu (juga adik beradikmu yang terdahulu yakni Normala, Zulkarnain dan Zulkifli), yakinilah perjalananmu wajib di jalan yang lurus lagi benar kalaupun kau masih terpaksa sahur, puasa dan berbuka tanpa mereka...kalaupun kau cemburu dengan orang lain yang masih memiliki semuanya...kalaupun mereka selalu melupakan malah dengan sengaja.
kamal fnd hashim
Monday, August 10, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
19 comments:
salam..
dah nak puasa dah..
teringat lak kat arwah ayah. tahun kedua berpuasa tanpa dia.
sudah 27 tahun bersama ayahanda-menjalani hidup dua beranak...x dpt byangkan kalau tiba2 di tinggal pergi keseorangan...huhuhu...semoga dipanjangkan umur dan dipermudahkan segalanya...
Salam.
Sebenar setiap kali Ramadhan menjelang tiba, ia mengingatkan saya pada doa saya pada Ramadhan yang lalu, berharap agar dapat bertemu pada Ramadhan yang akan datang.. yakni dapat menyulungkan puasa dan insyaAllah penutup puasa..Alhamdulillah, bila setiap kali tiba masanya..saya gembira, selalu yakin dan menganggap Allah SWT mendengar doa saya..InsyaAllah.
p/s: kuih yang wajib buat waktu berbuka.. kuih kelopong aka kuih onde onde aka kuih buah melaka :)
linda
Tersentuh jiwa ini pabila terbaca coretan Tn Kamal. Itulah naluri seorang wanita. Cepat tersentuh. Sememangnya pabila tiba Ramadhan dan Syawal kita akan teringat orangtua kita yg telah pergi terlebih dahulu menghadap Illahi. Al Fatihah kpd mereka agar rohnya sentiasa dirahmati Allah.Itulah saja caranya melepaskan rindu pd mereka. Rasanya belum puas membalas jasa, mereka sudahpun pergi buat selamanya. Sungguh bahagia tika teringat masa hayat mereka yg tinggal sebumbung. Makan-minum terpelihara. Namun hati tak puas bermanja dan belum sempat membalas jasa-jasa mereka. Kasih sayang mereka tiada tolok bandingnya di dunia ini. Doaku pinta agar dipanjangkan usia, sihat tubuh badan dpt beribadat dgn sempurna. Moga Allah sentiasa memberkati dan melindungi kita. And Tn Kamal You're The Best. Hero Malaysia. Tauk Kitak Kamek Tok?
u never be alone.. take care..
Assalamualaikum, O lah Tuan humah, mana lak pergi nya Tuan humah ni tak nampak-nampak? Ni Nenek Kebayan dari Gunung Ledang, Gunung Jerai, Gunung Santubong entah Gunung mana pula nya dari nenek kebayan ni tadi. Lupa pula Gunung mana ya?
wahailah nenek kebayan yang cun.. adapun nenek tu sebenarnya berasal dari gunung si mambang...lupa ke..?
Puasa nanti jangan lupa baca niat sudahlah nenek.. :)
entah entah tuan rumah pergi bertapa kut..oops terlebih sodah..tabikkkk Tuan.
linda,
dondang sayang =love dondang
huk, huk, huk, terbatuk pula nenek. Terima kasih lah cucu ku Linda mengingatkan nenek ni dri Gunung Si Mambang rupanya. Senang2 je kita berdua berkeliaran di kwsn humah ni ye? Tak dimarah ke nanti? Maaf Tuan Kamal ya, gurau aje. Yalah dah dipanggil2 tak keluar-keluar Tn Kamal ni, sibuk betul le tu kot.
Tuan kamal kita ni saje je..time2 mcm ni,saje je buka topik menyentuh hati.
Bagi saya,manusia mudah alpa.
(begitu juga dgn saya)
Alpa dan terlepas pandang benda yg ada depan mata.bila sudah tiada,baru terasa kehilangan.
Cuba lihat insan disekeliling kita.
Yang senantiasa ada bila kita senang,susah,sakit,demam mahupun sihat.
Adakah kita benar2 menghargai mereka seperti yg sepatutnya.
Adakah syg hanya perlu diucapkan di bibir tetapi bkn dgn perbuatan..
Adakah apabila ketiadaannya,baru kita merasa sesal.
Selamat menyambut ramadhan kpd semua,terutama tn kamal.
(dimana akak,ashue,jebat,echah,laili? Adakah saya juga alpa? Semasa kehadiran mereka,jarang dihargai,dan pabila ketiadaannya,baru merasa kehilangan..)
Ashue pasti th dimana tn kamal kan.
Adios!
Salam Ramadhan dan selamat berpuasa kpd kwn2 semua terutama Tuan Kamal. Tp bukan untuk Eton dan anak2nya si Ijem dan si Sipet iaitu kucing2 kesayanganku.
jgn pergi dulu...ade yg perlukan abg...
Abg,
Donna juga amat memerlukan abg utk besarkan anak2 yg ramai ni..mane donna nk dpt duit beli mknan anak2 kalau bkn dr abg.
Kahkahkahkahkahkahkahkah!
Donna..donna..
Nak enterframe jugak!!!
Mr.khairul, kamalfnd hilang? Ade je i tgk muke dia hari2.. Pc dia rosak la..ade org rosakkan.. Ha,syape2 yg nk ngorat tu,apelagi,belikanlah dia pc baru.. Jgn lupe masuk kan software ideus broadcast skali.. Xmahal,sume skali dlm rm8k je.. Huahaha
Hadoiii.. Kamal... Kamal... Cemana pun aku turut berbangga dengan nko..
Bila lah agaknya nak panggil Pusat Latihan Gayong Malaysia Kajang Utama (PLKU) untuk program nko yek?..
Am still waiting bro. Call me anytime..
Seperkara lagi Mal, kalo ada peluang pegi la lawat laman web PLKU:
www.gayong-plku.com
kalo tak keberatan, letakkan sebagai pautan kat blog nko ni..
take care bro..
Ting!Tong! Ting! Tong! Eh sudah ramai juga org ni ye? Masih rosak ke pc Tuan Kamal Tu? Takpele kita nyanyi je Tuan Kamal ye? Lagu HUJAN = Lagu Allahyarham Sudirman nak tak? Nek Kebayan nyanyi utk Tuan ye?
HUJAN YANG TURUN BAGAIKAN MUTIARA,
BERKILAU BERSINAR BEKERDIPAN,
SUBUR MENGHIJAU BUMI TERBENTANG.
...... ekh, ekh, rosak pula kerongkong ni. Lupa lirik daaaa..
Jgn bersedih ya tuan Kamal. Eh, sapa pula yg sampai nak termengorat Tuan Kamal ni? Xbaik tauk ngorat-ngorat suami org. Tu dah kes aniaya kaum hawa tu.
Sekian saja, Pesan Nek Kebayan.
Ya Allah,bwk lah mereka ini ke jalan yg benar..
Dah melampau tahap cipan dah kesesatan mereka ini.
Amin.
oits. Gurau kasar nampak..
Ckp jgn sebarang ckp.
Tutup blog ni xlama lg ni kang..
Ops! opocot! Kusemangat, Terkezut nenek. Ashue marah nenek ke? Maaf ye Ashue.
- Nek Kebayan
Post a Comment