Kalaulah engkau itu aku
pasti sudah lama kau mendepani gagalmu
kerana cekal, tabah dan sabar itu senjatamu
sedang mereka punya kuasa, pengaruh dan segalanya.
Kalaulah engkau itu aku
sudah tumpul akalmu nan buntu
kerana hanya kejujuran yang menegakkanmu
sedang batil dikerah guna menundukkanmu.
Ada 1 perkara yang selalu dilupakan tentang generasiku. Bahawa mereka dikatakan sebagai pewaris akan datang tetapi yang berkata terlupa generasi ini juga hidup masakini.
Akibatnya, jurang generasi itu makin kembang. Hanya semata memberi pendapat yang baik, maka dia perlu disingkir. Hakikat yang pedas!
Kita seolah tidak belajar bahawa masalah hari ini adalah kerana pada satu ketika, generasi yang hari ini menjadi ibu dan bapa, tidak pernah diambilkira kewujudannya. Bahkan, ada yang dinafi ke-adaan mereka!The Lost Generation.Ada atau tiada, tidak membawa apa apa makna.
Cumanya, kalau antara Hang Nadim ini terlalu dicicirkan, mereka bakal menjadi Jebat Derhaka; Perjuangan atas dasar setia dan bukan lagi demi negara.
Siapa yang memulakannya? Ahh!!! si tua yang terlupa akan anak anaknya!
Aib! Aib! Aib!
Bila tarikh tamatnya? Ahh!!!Lupakan sahaja mereka!! Kan dunia kita yang punya?!!
kamal fnd hashim
Tuesday, August 18, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
8 comments:
uhuk2!sapa la yg mendoakan kependekan umur tuan hamba nie...terbatuk cekik dibuatnya..=)
Hai Jebat Derhaka,
Cadangan hamba jgn guna lagi panggilan tu,cuba guna nama Jebat Misai kucing pula ya. Moga Jebat Misai kucing panjang umur. Ini pesan Nek Kebayan. Selamat Berpuasa Semua.
Nek Kebayan.
kalau tengok nama jebat ni.. teringat pada pak sodin..
hhhei heihhh jebat..baik kau turun jebat...kalu kau tak mau turun, ko tunggu sampai aku datang...bla..bla ...ku tahan jebat. =)
p/s : wahai jebat durahaka...kalau tuan hamba terbatuk cekik, baik tuan hamba dapatkan segera ubat batuk cap ibu dan anak...
linda
salam ramdhan..
macammana Jebat tukar nama KHIDIR..ada boleh ka?
=)
jebat derhaka tetap akan digunakan walau apa pun berlaku...kerana telah digunakan sekian lama =) heheh...but thanks for the selamat berpuasa wish =)
Im your silent reader. Now im not. tehehe. And again slaam ramdhan :)
Im your silent reader. Now im not. tehehe. And again salam ramdhan :)
Im your silent reader. Now im not. tehehe. And again salam ramadhan :)
Post a Comment