"Hina sangat ke saya sampai awak tak boleh jumpa saya? Sampaikan kertaskerja pun tak boleh bagi? Jemput dalam telefon je?"
Dia terdiam.
"Tapi awak nak biodata dan butir lain. Nak ikut protokol tapi jemput saya tak pulak ikut protokol?"
Dia diam.
2 hari kemudian dia telefon saya. "Jangan risau cik kamal. Semua dah settle. Takda problem. Tak yah bagi salinan akaun bank pun takpe. Dah boleh dah bayar."
Akhirnya, saya pergi ke NIEW, tkt 16 Wisma Sime Darby setelah dimaklumkan bahawa penganjur takda masalah buat pembayaran. Tarikhnya 13 JULAI. Sampai di perkarangan, saya terpaksa cari tempat letak kereta sendiri kerana penganjur terlupa sediakan. Saya diam gak.
Hari ini 25 OGOS. Saya masih belum terima pembayarannya. (Pernah sekali dia tel mintak salinan buku akaun dan saya kata "U kata tak payah. U yang janji dan beritahu semua masalah dah selesai dan sebab itu saya hadir".)
Jam 4.35ptg saya tel Bahagian akaun. Mereka beritahu mereka perlukan salinan akaun bank dan saya terangkan keadaan sebenarnya kenapa ia berlaku sedemikian. Saya faham pasal prosedur kerana dah lama kerja dengan Kerajaan. Cuma, saya katakan yang saya hanya MENUNTUT JANJI!
Saya beritahu juga yang saya akan buat surat kepada KSU KPWKM dan maklumkan kegagalan pegawai (samada kontrak atau tetap) mewakili imej Kerajaan bertanggungjawab terhadap janjinya.
Bagaimana kalau wanita itu kena tindakan tatatertib dan dibuang atau tidak disambung perkhidmatan kontraknya? BUKAN MASALAH SAYA. Kejam! Ya, benar!
Apakah saya lebih kejam kerana menuntut janji ditunai atau dia yang mewakili Kerajaan hanya memalu dan menjatuhkan imej agensinya?
kamal fnd hashim
Tuesday, August 25, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
19 comments:
banyak bersabar.....lebih2 lagi di bulan yang mulia ni
hmm...biase aa tu...karenah birokrasi
saba bnyk2 ek en.kamal~
many of us are already feel much disappointed by our government officials (watever bureau they might be in)..
but what is that that we can do to change this..?
change the government system..? that's so impossible, but even if we do, will the condition improve..? nobody knows.. BUT chances are that things are not gonna change too much..
we can only look and as a student, i truly hope to leave this country for my university studies and get rid of the frust of our government policies and system from my life, once and for all..
frusrated; do like what i do; take the bulls by its horn. If you ran away, others still has to face the sorrow. If you stay, many will benefit although you, my friend, would have to go through rough terrain and riffle some feathers.
I love my country and i remains.
Sabor en kamal... tapi truskan perjuangan menuntut janji yg belum ditunaikan lg tu.... go en kamal... go..
birokrasi & red-tape..that's it. Tapi sebagai public yg nak certain approval fr. govt officials kite tpaksa la humble & menurut je..tiada pilihan kan. sabar je la tuan kamal. kalau sy cukup saja la pegawai tu dapat pengajaran...baru dpt jadi teladan utk yg lainnya.
bagi kes en kamal nie nampaknye ada masalah comfort zone...bila sebut je en kamal...owh...okay...so protokol jadi pembolehubah semasa...adakala pakai adakala xpakai...problem juga nihs...bagus juga tindakan tu...itulah selayaknya..bukan kerana dendam...tapi kalau xtau wat keja...belajar...jgn plak diguna tak reti tu sebagai alasan...=)
sabar..
kerenah maklumat sesama pegawai kurang lengkap..
Ni nak buat loan keta ke? Perlu bagi bank statement. Eskot pun tak bagi mana nak dapat petak parking. Sabooo jer la.
dear sir,
often it's very simple to say that 'i want to do something to change what's going on', but it is what we can do to change it that bothers me.
i've written a few times to the local newspapers both chinese and english to reflect my frustration towards not only government department but also government agencies, the officials in charge just came up with some reasons as respond and nothing much has changed since then, everything went back to its own way.
i love my country, i was borned here, i lived here for as long as i noe, but what else is left in this country that is worth me staying..??
i suggest you buat satu documentation..legal one, macam MoU.
Dalam dokumentasi tu you letaklah segala your terms and conditions.
1. Mentioned clearly what you offer them..
2. mentioned clearly how much and when the payment should be done.
3. Stated your account no.
(Minta ke tak minta ke..bagi je akaun no. kalau tidak banyaklah cekadak diorang ni..kejap nak kejap tak nak.
4.Stated what you required such as parking, accomodation, etc..
4. once agree, sign the legal doc.
Kalau diorang nakal tak nak bayar, apalagi, sim alif mim alif nun..
itu yor..
linda
Sabarlah Tn Kamal. Itulah dugaan. Org macam tu patut diberi pengajaran, supaya perkara mcm tu xberulang lagi dan berlaku di Jbtn2 lain.
Dah menggalah mentari di langit tu, xlama lagi masa berbuka. Nampak Kwn2 sebelahpun dah macam Burger dan ayam panggang, he, he.
Org yg trlibat tu yg kjam. Bukan jabatan atau agensi atau kmtrian.
Prosedur atau proses tu ada.. kalau tak diikut memang la susah jawabnya. Dalam soal ni, you tak kejam. Yang kejam adalah pegawai yang berjanji tadi.
Seharusnya ada "black and white", baru kita boleh panjangkan ke peringkat yang lebih atas.
Bersemuka adalah lebih efektif. Terjah saja pejabat NIEW itu (bulan puasa ni tutup awal pulak tu!) dan jumpa pegawainya. Kalau pegawai tu takmo jumpa, jumpa bosnya pulak.
Dan lepas ni, kalau ada jemputan lagi, pastikan mereka bayar dahulu.. otherwise, lupakan saja! Rezeki ada di mana-mana...
Pelik juga bila Tn Kamal kata kena bg salinan akaun. Dept. kami biasa bg cek kpd pnceramah luar. Rasanye tak ade std procedures between different depts. Apa pun pegawai brkenaan sepatutnye dah jelas ttg peraturan.
Ini adalah kerenah birokrasi bagi agensi kerajaan apabila kita berurusan dengan mereka...(mana-mana agensi kerajaan pun sama...)tak efisien,lembab,banyak alasan...Malaysia Boleh. Itu bagi En Kamal yg dah seantero orang kenal,bagi kami ikan bilis ni....malas cakap....
Ini adalah kerenah birokrasi bagi agensi kerajaan apabila kita berurusan dengan mereka...(mana-mana agensi kerajaan pun sama...)tak efisien,lembab,banyak alasan...Malaysia Boleh. Itu bagi En Kamal yg dah seantero orang kenal,bagi kami ikan bilis ni....malas cakap....
Tapi kan, yg lembab dan tak efisen tu juga yang biasa dicari atau diperlukan bila kita sesak,misalnya nak biasiswa (zaman akak dulu lah)nak tukar sekolah anak, nak berubat, nak dapatkan pinjaman, nak keje gomen, nak dapatkan kemudahan asas, nak buat pasport, nak gi haji dll.
Syukur Alhamdulillah.
Tapi yang salah tetap perlu ditegur juge.
Namun gitu tak semua pula yg salah.
Jerung atau bilis, masing-masing ada kekuatan dan kelemahan.
Sekadar pandangan orang lama (bilis juge!) :P
dugaan u should know that better..take care!
Post a Comment