Sunday, August 16, 2009

kenapa ek?

Ada brader tu terkejut tengok saya berhenti kat gerai cendol & rojak sotong tepi jalan kat Jalan Klang Lama! Eh, bro yang selalu dalam tv tu kan? Saya mengiyakan. Fuyoo, makan kat sini je? Apa ada hal bro. Gue pun orang biasa je!Kelakar!!

Ya, benar, bahawa saya adalah sebahagian dari masyarakat. Dibesarkan cara yang sama dengan semua. Rasa skim pinjaman buku teks. Pernah berlapar sebab takde duit. Kecewa tak dapat beli barang luarmampu dan macam2 lagi.Bagi saya takda kasta antara kita.

Cumanya, bila saya meningkat dewasa, baru saya tau ada pihak yang suka berkasta kasta dan hidup penuh dusta. Contohnya:-

1. Bila syarikat panggil artis pop menyanyi untuk majlis makan malam, sanggup berhabis puluhan ribu untuk 5 lagu. Bila panggil penyanyi nasyid, bayaran mesti tak lebat seperti tu. Bila panggil ustaz/ penceramah, lagi la; kebajikan! Siap mintak diskaun!!

2. Masa jemput penceramah, janji langit dan bumi. Tempat letak kereta- ada. Bayaran- ada, bilik penginapan- ada. Bila dah abis," maaf ye.. bayaran tengah proses. Seminggu dua dapat le." Persatuan ada berbau Islam lak tu. Persatuan lain tak de le pulak macam tu!

3. Pertubuhan Gah! Ofis gah! Janji lagi Gah! tapi masih hutang kat gue?

4. Bila masa mesyuarat, semua hebat. Bila masa ambik gambar, semua hadir. Bila masa kerja, semua hilang.

5. Bila pakai kemeja, layannya bagus. Datang tempat yang sama pakai tshirt, pandang pun idak! Nak tengok pakaian atau mutu kerja ek? Cuba pak menteri yang datang pakai tshirt. Perghhh!Bukan main layan!!!

6. Titlenya ada Haji. Tapi hati dan peribadi tak seperti selayaknya!Kasta tinggi agaknya!!

kenapa ek?

kamal fnd hashim

11 comments:

akak said...

Assalamu'alaikum.

Entahlah dik..
Dah tua gini pun akak masih cuba memahami perangai dan sikap manusia, tak kira apa pangkat, gelaran, kedudukan, tua atau muda.
Ada yg disangka baik tapi sebenarnya tidak
Ada yg selama ni kita hormat habis, tapi akhirnya dia tikam belakang kita
dan macam-macam lagi.
Bab bayaran tu satu hal dik.
Menggunakan nama 'orang besar' untuk kepentingan diri pula satu bab.
Kita yg jadi pelaksana pula yang tersepit.
Tak lama lagi, most of it akan jadi sebahagian dari sejarah hidup akak. Bukan melarikan diri tapi akak dah letih dan juga demi kesihatan dan kewarasan diri serta tanggungjawab kepada org tua.
InsyaAllah.
Akak tak menjawab soalan tapi apa yang Kamal sebutkan tu, kalau manusia tiada keikhlasan, kejujuran dan sifat amanah serta lupa adanya akhirat, camtulah jadinya.

wallahu'alam

Audra Sazreena said...

Itulah sikap orang-orang yang prejudis dan "judgmental" .. memandang kepada luaran sahaja. Pada mereka, biar papa asal bergaya..

Dan kenyataan macam "Apa kelas beb makan kat gerai bawah pokok?"... "Apa kelas tempah kat kedai nyonya belakang stesen minyak, pegi kat butik Datin XXXXX tu lagi bagus" .. "Huh... gaji besar, pangkat tinggi, duduk kat rumah teres, pakai Proton aje??"

Pada saya biarlah makan di gerai, asalkan sedap, murah pulak tu! Biarlah tempah baju di kedai nyonya, asalkan jahitannya bagus.. biarlah duduk di rumah teres dan pakai Proton saja, asalkan ada simpanan untuk hari tua, ada bekalan untuk anak-anak, dan diri tidak terbeban dengan hutang dan belanja yang lebih banyak dan tidak perlu sebenarnya!

Pada saya, pakai tudung labuh, serban melilit kepala itu tidak mencerminkan tinggi atau tidak keimanan seseorang. Saya lebih melihat kepada cara seseorang itu membawa diri mereka, cara percakapan, adab dan sikap mereka dalam situasi yang dialami bersama.

:::jillian de jill::: said...

KENAPA EK?

nafsu... kalau mengarah ke menyedarkan org tak berapa nak gemar...bosan... kalau yang melalaikan tuh... hurm...

contoh macam saya... ntah bila nak habis bacaan Bila Tuhan Berbicara - Faisal Tehrani....
tapi kalau cerita cintan cintun... malam ni jugak nak habis kan!!!

saya pun pelik... kenapa ek?

ops... jalan kelang lama? batu berapa?... yang ada kedai perabot tuh ke?... :)

asilahmuhajer said...

orang yang double standard ni selalunya orang yang rasa dirinya bagus. ntah apa2ntah.

ashue :) said...

Rase2 nye mcm th jawapan nye.. Agak2 malu x diorg kalau dipaparkan ke khalayak.
Eh,xbaik la mengaibkan org.. Tp diorg kan dah menganiaya org..
Hmm..
1- kamalfnd yg baik sgt.so..no komen..nak tggu i bertekak2 pasal payment,br selesai satu kes..
2- Persatuan @&*<€?% islam (ipta kt pantai baru..)
3- Sime &*% (antaranya la kan..)
4- Exco2 xxPF
5- antara tmpt2 yg xdilayan ialah, Fxxxs.
6- ni mesti jwpn yg plg tepat.
Hj.sun n Hj.SJ..

Tet!
Oppss!
Alamak. Terlebih suda..

Anonymous said...

Itulah insan yang dinamakan manusia, selagi manusia yg xpandai guna ilmu dan tak ikhlas macam tulah jadinya. Dah 48 thn sy hidup di dunia ini xpernah lari dari fenomena berikut. kalau nak dihurai di sini xcukup pula ruang ni.

Tanggal 31 bulan lapan lima puluh tujuh, MERDEKA, MERDEKA, MERDEKA.

Sabtu depan pula tanggal 22 Ogos 2009, 1 Ramadhan kita pula akan berpuasa. Moga kita semua akan mendapat keberkatan dari Nya.
Insya Allah mudahan umur panjang.

Tabik Tuan Kamal.

akak said...

Salam.

Bercakap hal kasta ni, pagi tdi akak terima berita tentang kematian seorang lelaki berusia
30an, ayah kepada 4 anak yg masih kecil. Keluarga mertua arwah hanya segelintir gi ziarah sebab arwah bukan menantu pilihan. Kerana arwah insan biasa mcm kita. Kerana arwah bukan keturunan keluarga yg punyai gelaran spt mereka.
It's a sad situation. Di akhir zaman ini masih ada yg hendak berbangga dengan gelaran keluarga yang kesudahannya tinggal tertulis di batu nesan.
Siapalah kita di sisiNYA
astaghfirullahal'azim

Anonymous said...

Waalaikumsalam wr wb,

kenapa ek...?

i fikirkan ek...normallah ek...,
setiap orang mempunyai persepsi berbeza beza tentang orang lain lebih lebih lagi ek.. dengan orang yang terkenal dan terpandang ek..

i fikirkan ek.. perkara orang tegur tuan makan di gerai tu ek..minor jer ek..alah biso togal biaso ek..


sekian ek... :)

linda

jebat derhaka said...

selamat menyambut bulan ramadhan yg bakal tiba sehari dua lg dan juga bulan kemerdekaan...tapi soalan yg paling tepat bila baca blog tajuk nie dan juga komen2 yg bernas...adakah jiwa anak malaysia dan juga rakyat sudah merdeka?simple...pasti belum sebab thinking kasta dan juga derajat nie thinking orang sebelum merdeka di mana kasta dititik berat...ingat skrip singh dalam seniman bujang lapuk?
sana nasib sana makan..sini nasib sini makan..apa salah makan sama sama?
ada maknanya kan?
prejudis..baju biasa xde pape,baju kemeja ada sumthing,title datuk,haji..bermakna darjah yg perlu di layan lebih...agaknya dalam kubur sok kena libas...malaikat tgk derjat akan dilibas guna tali rapia kot?habes kuat pun hangerla..yg xde derjat pakai cemeti...ingat..jgn la rasa best sgt sebab ada darjah...bukannye leyh wat shield mati esok atau wat delay ajal...xjadi tangkalpun kalau ditulis dan digulung ikat kat perut wat tangkal kencing malam..

kisah orang ternama dan berdarjah lagi

pada yg bertitle..jgn la pula yg 'kebanyakan' berharap sangat...kebanyakan mereka walau bukan semua,hanya melakukan sesuatu perkara hanya untuk kepentingan diri nama ataupun riak..xde ikhlasnye...maka lupakan...adalah lebih baik berdayung sendiri daripada membawa harimau di dalam sampan...dahla xmengayuh...harap nama je rimau,digeruni orang...dicakarnye plak blakang kita masa kita mendayung...rabit sikit2 lama habis dalam perut...kan xke naya je nanti..sampan sampai tebing...yg dayung dalam perut...harimau disorak sebab sampai ke tebing dgn sampan..dijulang sebab kata mendayung sorang2...tgk...cam lembu nye susu...sapi dapat nama pun ada kan?

bab bisnes lak..
bila belajar bisnes satu masa dulu di kolej...buku2 bukan main tebal..tetapi bila terjun alam bidang bisnes...buku2 tu leyh campak dalam api...sebab dalam realiti...bisnes menggunakan undang2 rimb a...yg kuat akan menindas yg lemah...xterperanjat dikatakan syarikat gergasi berhutang berjanji kosong menipu nindas...resam undang2 rimba...

baca dan fahami...agak mendalam simple lak komentar kali nie...maaf yg terkena sipi...maknanya nak kena demam malaria tapioca..dan bagi yg terasa kerana melakukannya pula..tentu ia sakit bukan kerana ianya benar..gunalah gaviscon utk pedih ulu hati =)

ashue said...

wah jebat!
Lame menyepi,bila kembali,kata2 berapi..
I like...

pak mat said...

Salam En.Kamal,

kasta memang wujud sejak dahulu lagi dalam masyarakat kita. Ini tidak terkecuali dalam pejabat2 sama ada swasta atau kerajaan.

Jika kita berpangkat tinggi, kita disambut bagai menatang minyak yang penuh. Budaya ampu bodek masih dalam mentaliti masyarakat kita.

Mereka yang berada dipejabat2 seharusnya berkhidmat dan memberi khidmat terbaik dalam bidang tugasan mereka bukan sahaja kepada majikan tetapi kepada pelanggan.

Namun apa yang dapat dilihat kini, khidmat yang diberikan rata-ratanya sambil lewa dengan soal birokrasi tak sudah2. Kita yang bersusah payah ke pejabat2 ini hanya dipandang sebagai satu liabiliti kepada mereka.

"Tanam tebu di pinggir bibir" itulah realitinya. Kalau soal bayaran yang En. Kamal hadapi...itu memang sudah biasa sangat...sampai tahap macam pengemis pun pernah demi untuk kelangsungan hidup.

Walaupun zaman ini sudah menjangkau ke era jalur lebar namun "kabel" tetap relevan.
Itu belum masuk bab "pelincir"...umpama enjin kereta!

Ingatlah "orang tak fikirkan langsung tentang nasib diri kita"

Last but not least Encik Kamal, sepatah kata-kata hikmah yang saudara saya pernah ucapkan "memang dia pakai songkok, tapi dalam songkok dia ada ular"
....pada saya penampilan bukanlah kriteria utama keperibadian seseorang.

sekian, wassalam.

i feel your pain

i feel your pain
audrey & nurul hanis