Monday, January 11, 2010

dah cakap dah!

1. Bila sesuatu buruk berlaku, kita semua cakap "orang dah cakap dah, tak caya!" ek? Kenapa bila sesuatu yang baik terjadi, kita cakap " aku dah cakap dah, tak caya!" ek? Yang mana yang betul agaknya? Bila buruk je, guna gantinama pihak ketiga. Bila baik je, gantinama pihak pertama. Hmm. kronik jugak ek?

2. Barangkali kita takut untuk mengaku salah? Katakanlah bos tanya dengan muka serius merah padam, sapa punya angkara hingga meletup hal yang bukan bukan, maka segera kita tunduk. Cuba dia tanya dengan senyum simpul, sapa yang buat ni sampai berjaya, semua tumpang tui!Ahaks!

3. Akhirnya, lebih ramai yang dalam gambar daripada yang bekerja ek?he he he..Natijahnya, sebahagian daripada kedewasaan ialah melakukan kesilapan. Hanya yang belajar daripadanya sahaja yang tidak akan gentar bila berlaku kesalahan dan mengakui khilafnya. Hatta, kita lebih fokus pada kejayaan hingga terlupa bahawa kegagalan juga satu pengalaman kan?

4. Jadi?Apa cerita bro? Tak faham la posting ni! Gini ek- perasan tak lebih ramai yang takbir hingga salamnya ala ala kadar je tapi bila berdoa dia bersungguh sungguh? Ouch!!!aku dah cakap dah! he he he

kamal fnd hashim

7 comments:

Kakcik Seroja said...

Salam Sdr,

mendalam maksud catatan sdr ini.. :)

azieazah said...

Keegoan lah yang sering berada di atas untuk menutup rasa berani mengaku salah...

kamal fnd said...

kak cik faham ek? he he he betul tak saya cakap tu kak?he he he

ajim said...

"normally bad experience is the best teacher compare than nice experience",,tiadak terkata apa kerana memang sudah mnjadi resmi manusia yang hanya ingin memberi secupak tetapi mahu di balas segantang,,

kenyalang said...

Wow, contoh soalan PTK 2010 ka ni?
Hati ini lebih menyatakan itu
Golongan Hipokrat. Jauhi mereka spt menjauhi dadah.

Cayak sik nok dipadah kamek tok? he, he, he.

Akak! tolong!!

sakai said...

mgkin inilah salah satu sifat manusia yg tak mahu melakukan kesalahan,,in their mind,salah=dosa,,

Cetusan said...

ada sama dgn bermuka2 talam 4 muka??
dah gak dah

i feel your pain

i feel your pain
audrey & nurul hanis