Thursday, June 19, 2008

Demi Masa

Sebenarnya saya begitu sibuk kerana:-

a) ceramah ke sekolah sekolah serata Malaysia
b) program luarbandar; estet dan banat
c) rakaman program TV
d) bengkel keselamatan wanita
e) Klinik untuk penuntut IPTA/IPTS

Maaf kepada semua kiranya 5 hari itu berlalu tanpa ada coretan baru. Bahawa hidupku berlalu dengan pantas dan laju..bahawa masaku bukan untukku..

Ada juga yang bertanya bagaimana dengan urusan masa saya. Well, namanya juga aktivis! Makanya perlu aktif!! Umum berpendapat saya mungkin bersandar di kerusi malasku setiap hari dengan santai. Realitinya, kerusi kereta saya lebih memahami. Sudah 13 tahun saya abdi kepada perjuangan ini.

Kadangkala terdapat manusia yang hanya kerana anda tidak membalas atau menjawab panggilannya, maka anda besar kepala. Ah yang benar? Betul. Saya pernah terima mesej mengatakan bahawa, ' awak perlu mengubah attitude celebrity awak'.

Semuanya gara gara saya yang diminta menjawab kehadiran menggunakan surat resmi sedangkan saya telahpun menjawab menerusi e-mail bahawa saya akan hadir. Dua hari sebelum event, saya tel dan sms penganjur dan tiada jawaban.

Pada hari yang berkenaan, saya terus ke lokasi tersebut. Saya nampak pengurus yang berkenaan dan perempuan itu nampak saya. Dan dia kemudiannya menoleh ke arah lain dan pura pura tidak melihat saya!Kemudian itu, saya teruslah kembali ke Kuala Lumpur. Dalam perjalanan 2 jam itu, saya cuba tel dan sms perempuan tersebut. Tiada jawapan. 2 hari selepas itu dia berkata,

" My management instructed to replace you since we r not able to contact u last week. U did not take us seriously. My staff tried to call. I tried to call. U did not border (bother?) to return our call. U failed to send us formal quotation as requested. How could i process your 3/4 lanes email? I really respect you for your knowledge. So sad how you tread (treat?) us..your client. Is not that we ask u to come for free. U definately have to change ur celebrity attitude. Not blame us".

Nah, saksikan sendiri bagaimana satu pengurus Komunikasi Korporat PROLINTAS menjawab( 2 hari selepas itu) kenapa tiada jawaban bila saya pula tel dan sms berkali kali (2 hari sebelum event itu) dan dia juga tidak menjawabnya?

Aneh bukan bilamana kepada soalan kenapa dia berpura pura tidak nampak adalah kerana jawapannya seperti di atas? Komunikasi Korporat? Pengurus? Bahkan budak tadika pun tahu itu jawapan bodoh.

Kenapa jawapan bodoh?

A) Bukankah kalau keputusan itu telahpun dibuat lebih awal, kenapa tidak sms saya sahaja beritahu pembatalan?

B) Bukankah saya juga telah mengesahkan kehadiran saya dalam email?

C) Dia dan stafnya mendakwa telah cuba berhubung seminggu sebelum itu dan saya tidak menjawab? masing masing terlupa bahawa saya ada menghantar sms jawapan mengatakan saya sibuk dan biarlah eventnya jalan dahulu kemudian baru kita pergi ke soal soal formaliti?

D) Client saya? Bila masa mereka menjadi client saya? Baru pertama kali berurusan dah jadi client saya? Kalau atas rasional itu, maka saya juga clientnya dan dia melayan clientnya seperti ini?

E) Mereka juga telah menjemput saya TANPA SURAT RESMI!! kah kah kah..(dan mengatakan saya tidak membalas dengan rasmi?)

Timbanglah sendiri. Kepalaku yang besar atau mereka yang khilaf? Kalau hanya untuk wang, saya belum lagi lapar dan sanggup meletakkan wang dahulu daripada event itu kan? Dan seperti biasa, kalau hanya baru sekali cuba "berkhidmat" kepada masyarakat, jangan main wayanglah..

Tanpa mereka, saya masih bisa teruskan sisa hidup. Bukan menolak rezeki tetapi umumnya biar sahaja saya jelajah sekolah2 yang lapar ilmu itu serata Malaysia dengan upah bakul buah atau pisang sahaja daripada formaliti yang tidak membawa manfaat.

Biadap? Demi Masa, aku bukan biadap. Aku hanya lancang bersuara dan menyatakan kebenaran bahawa masa itu lebih penting untuk diisi dengan cara menjimatkan nyawa daripada formaliti yang membazirkan tenaga! Mentelah, untuk fitrahku sendiri aku juga bahkan tidak mempunyai masa inikan pula untuk si pura pura?

Hanya kerana mempunyai wang, belum tentu juga mempunyai budibahasa!

8 comments:

Anonymous said...

jgn layan cek kml.. org perangai mcm ni mmg bersepah kat muka bumi ni.. kalau org tu dah x reti nk hormat dan appreciate org lain, biarkan je.. what u give u get back

laili said...

Salam...
Hi Tuan Kamal,
Saya setuju dgn Jude...
Mereka berpura pura tidak nampak...melampau..
Demi masa....
Sesungguhnya manusia dalam kerugian...
Rugi...rugi...

Anonymous said...

Dah nasib badan..

Anonymous said...

respect u mr.kamal...klu org lain sure da mengamuk 2..heran gak, mcm mna u can handle all this thing witout los ur temper

Anonymous said...

leezaanza,

Saya just play cool je.Saya dah biasa diperlaku demikian dan sudah biasa juga memaafkan mereka. Cuma saya minta Tuhan membalasnya. Mudah mudahan ada ehsan dariNya.

SayaBudakPemalas said...

biasa la tu. Salah orang lain, nampak saja. Salah sendiri, taknak mengaku. Biasa terjadi dalam kehidupan.

Fireroll said...

pengalaman saya dalam dunia organisasi boleh katakan yang sememangnya wujud situasi begitu...

memang susah nak puaskan hati semua orang, dalam kontek ini, perkara yang patut dilakukan pada mulanya tak lakukan then nak salahkan org lain...
tak patut...

saya hanya tertarik bila en kamal menyebut bahawa pihak wanita itu tidak menghantar jemputan rasmi kepada en kamal. then dia xterima email en kamal dengan alasan tiada makluman balas yang rasmi kepadanya.
dalam hal ni, pihak wanita itu yg salah. point2 lain itu cuma berkaitan selepas itu. tapi yg penting kalau nak formaliti pun, then salahkan org pasal formaliti, rupa2nya dia xgunakan formaliti sepenuhnya dan formaliti tu sendiri menunjukkan kelemahannya...

sabar aje en kamal...

ermm..kalau saya ada nak wat program di UKM, boleh la saya jemput en kamal...
tapi saya taknak terjadi perkara camni...

Anonymous said...

Dyana,
thanks for stopping by kat sini ya?
And to fireroll,
belajar dari peristiwa itu untuk mendewasakanmu.

i feel your pain

i feel your pain
audrey & nurul hanis