Tuesday, October 26, 2010

remeh

Ada yang kurang faham dengan penjelasan saya berhubung perkara2 yang dilapor di akhbar mahupun tv. Bila saya kaji semula, ini kerana petikan ayat saya diambil di luar konteks serta bacaan falsafah yang berbeza. Misalnya-Pornografi dan video lucah bukan penyebab jenayah seksual-.

Penganalisis jenayah, Kamal Affendi Hashim menyatakan bahawa jenayah salah laku seks tidak ada kena mengena dengan internet dan hiburan yang dipaparkan media, sebaliknya terjadi kerana pilihan pelaku jenayah atas sebab tertentu.

"Pihak yang mendakwa salah laku seks berlaku kerana hiburan yang dipaparkan media dan capaian internet tanpa sekatan adalah pihak yang enggan mengaku kesilapan sendiri. Dalam hal ini, ibubapa memainkan peranan untuk mendidik serta memberi penerangan mengenai kebaikan dan keburukan sesuatu perkara kepada anak." - Petikan Berita Harian 03.07.2010

Katak bawah tempurung, kenyataan bodoh, bangang dan banyak lagi komen2 pembaca dalam laman sosial dan forum. Tak seorang gamaknya mahu bertanya maksud kenyataan itu.

Soalannya, adakah pisau ada kena mengena dengan pembunuhan? atau motorsikal kena mengena dengan kemalangan jalanraya? pisau dan motorsikal itu statik. Yang menjadikannya berbahaya adalah apabila seorang manusia yang berada di hujung atau atasnya MEMILIH menjadikannya berbahaya!

Kenyataan saya itu rupanya membuat ramai yang keliru dan celaru. Begini, bila kita terjatuh kerana terpijak kulit pisang, kenapa mencari dan mencela yang membuangnya? kerana kita tidak mahu cuba terima kesalahan kita yang berjalan sambil bercakap telefon dan gagal memberi perhatian,kan?

Bila kemalangan jalanraya, kenapa kita marahkan kereta yang keluar memotong tanpa memberikan lampu isyarat itu? bukankah kita juga begitu? Dan kita juga tadinya memandu dengan laju! Bagaimana mungkin ibubapa 'terpaksa' menjaga anaknya. Bukankah itu amanah untukmu?

Dengan kata lain, pandangan saya, kita cuba lari dari tanggungjawab sebenar bilamana mencari alasan bagi mengelak memikulnya! Kalau porno itu ketahuan bahaya, kenapa kita juga yang berkobar kobar forwardkan pada kawan kawan bahkan menontonnya? repot pada pihak berkuasa? Eh, pernahkah kita??

Inti ceritanya, dari zaman tok adam kita rupanya hanya cuba mencari dan mengalehkan perhatian kepada remeh yang nyata. Barangkali kita langsung tidak berhasrat menyelesaikan masalah. Sebaliknya, kita lebih selesa menjadi sebahagian darinya.

kamal fnd hashim


Wednesday, October 6, 2010

Cekal

Sekadar renungan buat sahabat2ku semua apa yang sedang kufikirkan sekarang. Barangkali terdapat sedikit manfaat yang dapat kau pelajari buat bekal dalam hidupmu.

Ada yang beranggapan segalanya mudah untukku. Dikenali dan pasti dapat apa yang kuhajati kalau kumemohon apa apa sahaja. Percayalah, kalau ada kebaikanku itu, kalaulah ada, ia tidak mendatangkan apa apa manfaat sekali pun kepadaku sebenarnya. Seperti orang lain, aku juga perlu melalui proses dan tatacara yang sama. Dan permohonanku juga tidak berjaya bahkan!

Cuma beza kita, dirimu dalam hampa mula tertanya tanya apakah pengorbananmu selama ini tidak membawa sebarang makna sementara aku pula, kalau kalau terpaksa melaluinya lagi dalam hidup ini dan habuannya gagal yang serupa, tetap kulakukan sumbangan kerdilku kepada agama, bangsa dan negara tercinta dengan cara yang sama; tanpa cacat cela.

Anak bangsa perlu besar jiwa kalaupun terpaksa menderita kecewa kerana hanya yang cekal dan tabah dapat membina mercu tanda bangsanya yang berjaya.

kamal fnd hashim

Monday, September 13, 2010

kosong

Kadangkala sedih berbaur hampa bilamana atas khilaf yang lain, kita terpaksa menanggungnya. Dan yang lebih perit bilamana kita juga yang akhirnya terpaksa merendam rasa menjeruk jiwa..

Hanya sahaja masa akan menentukan segalanya..barangkali. Pun begitu, acapkali yang utama adalah semangat dan kekuatan melaluinya. Dan keupayaan inilah yang sukar digapai. Justeru, bagaimana untuk terus kuat bila melalui ujian getir?

Kenanglah masa indah yang pernah dihabiskan bersama. Kenanglah detik itu. Kemudian, tarik nafasmu dan lihatlah hadapanmu dengan mata objektifmu. Bahawa sesungguhnya yang tersangka salah puncanya bukan dia. Sepertimana dirimu, dia juga menjadi mangsa keadaan.

Bahkan kosongmu dan kosongnya barangkali serupa nisbahnya.Nah, kalau dia juga senasib sepertimu, kenapa tidak lalui getir itu bersama?

kamal fnd hashim

Saturday, September 4, 2010

25 ramadhan@13 jan 1998

Hanya doa dapat dipanjangkan buat abah! Itu sahaja yang mampu kulakukan!

Dan setiap kali di penghujung Ramadhan, kalaupun tubuh ini sasa, aku tak mampu menahan terjunan deras airmata rindu buatmu abah. Hanya sahaja kalau beratus kali aku akan menulis pengalaman ini, aku tetap rindu padamu..

Dan aku juga terbayang sengsara emak. Suami dan rayanya barangkali hanya pada nama..Bagaimana mungkin tubuh kerdil itu berdaya menahan asakan perasaan nan kosong itu, hanya Tuhan yang tahu..

Kamal fnd Hashim

p/s

Barangkali ada juga yang masih memiliki orang tua tetapi sengaja melupakan kedua duanya..Barangkali ada juga yang masih hidup salah seorang darinya tetapi sengaja dipadamkannya pertalian itu.

Barangkali kau belum kenal apa itu rindu ..(bila nanti mereka tiada)..barangkali kau belum teringat asal usulmu.


Monday, August 23, 2010

tragedi atau tergedik?

1. Ada lagi korban seperti ini. Barangkali tidak sah raya kalau tidak ada yang putus jari, cedera parah malah mati.

2. Kalau begitu, barangkali juga kita sangat memerlukan 'hiburan' seperti ini? Eh? Hiburan?!! Masakan tidak bilamana berpuluh puluh tahun ianya telahpun berlaku dan kita masih lagi menjadi pelanggan kepada peniaga mercun, kan? Dah berzaman masalah ini dan sekali pun tidak pernah kita terfikir untuk memberi maklumat supaya penjualnya tertangkap, kan? Atau selemah lemahnya, belum sekalipun kita mengagalkan niat kita untuk membelinya, kan?

3. Lantas apabila adik itu mati akibat letupan stok mercun tersebut, bukankah kita juga turut sama membunuhnya? Dan tergamak kita mengatakan ianya tragedi? GEDIK!

kamal fnd hashim

Monday, August 16, 2010

The Malayan Emergency

Sempat tonton doku The Malayan Emergency di History Channel? Jika tak sempat, saya sarankan tontonlah doku yang dikira Skim Wajib Tonton ini! Lagipun ini kan bulan kemerdekaan. Maka ada baiknya kalau kita mengetahui asal usul dan sejarah tanahair kita sendiri kalaupun sedikit.

Ya, saya pernah menulis tentang propaganda Komunis , pakar psy-ops CC Too dan perjuangan anak bangsa yang lain. Dan tatkala menonton doku seperti ini, bulu roma saya pasti meremang dan kadangkala hati juga sentap sendu. Kenapa? kerana anak anak kerdil ini, kalau berselisih bahu dengan kita pun, entah kita kenal entahkan tidak!

Katakanlah satu pakcik, apek atau ayya yang datang kat kita dan nak tanya sesuatu. Kita pulak memang alergik dengan senior citizen dan layanpun kerana terpaksa. Acuh tak acuh je kita jawab sambil jari kita sibuk balas sms ataupun layan FB. Agaknya, macamana roman wajah kita kalau tiba tiba pakcik, apek atau ayya tadi dengan lembut cakap," Nak, salah ke pengorbanan saya sampai macamni awak balas?"

Nah, kalau bimbang itu terjadi, serbulah pameran kemerdekaan di Muzium Negara mulai esok.Barangkali banyak yang kita boleh pelajari. Atau sempena bulan merdeka ini, carilah mereka dan jabat tangannya seraya mengucapkan terimakasih kepada wira tak dicanang ini.

Ya benar sayapun ada buat doku seumpama The Malayan Emergency dan telah pun lama siap. Judulnya Kasa Merah, Si Saka Biru. Finas, yang buat doku kualiti antarabangsa seperti dgn History Channel atau AETN All Asia kata ok dan tiada masalah samada teknikal dsbgnya. Responden yang menonton pun kata meleleh airmata. Wakil PDRM yang tonton pun kata inilah dia. Tapi nak buat camana coz panel penilai RTM tak setuju dengan pendapat2 ini. Kata mereka-opening tak sesuai, jalan cerita berterabur, idea ada tapi treatment tak menarik, suara latar macam kisah seram..

Tapi kenapa 3 orang panel penilai itu pun tak pernah pulak hasilkan doku seumpama itu sepanjang karier mereka ya? Dan doku Mansor Puteh pasal Tunku Abdul Rahman mereka yakni panel ini luluskan pulak walhal..tak apa lah..no komen! Mungkin kerana kasta perjuangan yang berbeza kot?

Tak kisahlah siar tak siar. Bukan RTM nak kena bayarpun.Yang mustahaknya, sempena bulan kemerdekaan ini, tanyalah sendiri diri kita. Apakah dengan mengibar bendera maka itu sahaja tanda patriotik? Atau kisah pemimpin sahaja itu yang dinama sejarah? cerita anak bangsa yang gugur mempertahannya dikira tiada apa apa?

Jawapannya barangkali seperti saya katakan tadi. Sementara kerajaan berusaha mengingati pengorbanan si anak bangsa, kita beriya-iya memadamkannya kerana bagi sesetengah daripada kita apalah sangat sumbangan mereka itu pada sejarah negara? Apalah sangat istimewanya pejuang2 kerdil itu sehingga kita perlu mengangkat kisah mereka, ya?

Atau kerana kita sendiri tidak mampu menandingi mereka dan cara yang terbaik untuk menutup malu itu adalah melenyapkan usaha mereka yang terdahulu?

kamal fnd hashim

Wednesday, August 11, 2010

Salah baca

1. Encik Soffian Dumex menghubungi saya dan bertanya samada dia yang saya maksudkan di dalam posting kisah dalam kelambu. Dia risau ada kesilapannya mentelah setelah cuba menelefon berkali kali, saya tidak dapat menjawab! Ironinya, Encik Soffian dan Dumex TIDAK PERNAH menghampakan saya! Tapi dia sanggup 'menyangka' dirinya sendiri. Inilah manusia yang mahu belajar mengetahui. Bravo Sir! Saya tidak ada apa apa masalah dengan pihak Tuan!


Tapi, bagi mengelakkan prasangka ini berlaku dan sempena bulan ramadhan, hari ini saya akan nyatakan siapa yang saya maksudkan dalam posting itu; ibupejabat MARA Kuala Lumpur, tarikh kejadian pada 23 Jul 2010. Yang hadir pada acara itu adalah isteri Ketua Pengarahnya yang merupakan pengerusi puspanita.

Habis acara, di lobi letak kereta, saya maklumkan kepada Datin duduk perkara yang sebenar dan bagaimana saya dipermain oleh petugas yang menjemput saya, parking pun pandai pandailah sendirilah, jemput pun tak ikut protokol tapi bab bayar mahu kita ikut protokol dan perihal yang saya sebenarnya hadir walaupun urusan perjanjian dan persetujuan belum lunas!

Sehingga hari ini, tiada usahapun daripada penganjur untuk berhubung dengan saya malah menyelesaikan soal upah yang masih tertangguh! Saya sedia maklum kerana barangkali MARA takda duit dan tak dapat bayar hak saya. Barangkali sebab itu mereka masih diam. Maklumlah, ramai yang masih berhutang dengan MARA dan gagal bayar, kan? Tetapi, yang benarnya, betul kan apa yang saya kata dalam posting itu?

Saya buat pendedahan ini hanya kerana ada permintaan. Jadi, harap harap hanya yang makan cili akan terasa pedasnya!

kamal affandi hashim

i feel your pain

i feel your pain
audrey & nurul hanis